Tag Archives: pakistan tourism

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[28 Gambar] Breakfast Halwa Puri, Roti Pharata, Roti Naan & Doothpati Chai | Sabzi Mandi (Vegetable Market), Near METRO, Sector I10 | Spring 2011 | Islamabad, Pakistan

Nak tahu apa makanan semasa sarapan pagi yang paling popular di Pakistan ?

Inilah dia makan pagi yang paling popular, dimulakan dengan halwa puri. Halwa puri adalah roti puri yang dimakan dengan halwa lobak merah yang manis. Di tangga ke-2 ialah roti pharata. Roti ini biasa juga terdapat di Malaysia. Roti pharata enak dimakan begitu sahaja. Sedap juga jika dimakan dengan omellette (telur dadar). Roti naan juga popular di waktu pagi. Kadang-kadang dimakan dengan beef nihari (kari daging lembu). Kesemua hidangan di atas tidak sah jika tidak dimakan sambil minum doothpati chai (teh susu) yang terkenal di Pakistan. Saya paparkan dahulu gambar-gambar hidangan sarapan pagi yang terkenal di Pakistan ini dahulu. Ceritanya akan menyusul kemudian.

[ 1 ] Street Hawker Selling Halwa Puri for Breakfast | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Penjual ini sedang menimbang halwa. Halwa diperbuat daripada lobak merah yang dicampur dengan gula pasir dan beberapa rempah. Sedap halwa ni. Lagi sedap dimakan dengan roti puri. Roti yang seakan roti canai tapi lebih lembut rasanya. Hidangan yang selalu dimakan oleh rakyat tempatan di sini. Halwa puri ada dijual di mana-mana. Hanya ada dijual pada waktu sarapan pagi sahaja. Waktu lain tidak ada ya rakan-rakan.

[12 Photos] Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”.

Sudah lama sebenarnya saya ingin mengumpul, edit dan paparkan gambar-gambar destinasi percutian yang sungguh menarik dan amat berbaloi untuk dilawati di Pakistan. Sila abaikan apa yang anda tonton di televisyen anda. Gambar-gambar ini anda tidak akan dapat lihat di media massa utama di dunia seperti CNN atau BBC. Saya telah sampai kesemua destinasi di bawah. Penat dan puas mengambil gambar untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. Sesuai untuk dijadikan kalendar pada tahun 2014.

Saksikanlah keindahan alam ciptaan Ilahi ini !

[ 1 ] JANUARY – Lower Kachura Lake, Shangrila Skardu Resort | Pagoda Chinese-Tibetan Style Restaurant | Skardu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 22 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM).

Gambar yang pertama adalah tasik di resort yang terkenal di Wilayah Baltistan. Diberi nama sebagai Kachura Lake. Ianya menempatkan resort yang diberi nama Shangrila. Ini bukanlah rangkaian Shangrila hotel yang biasa kita ketemu di Kuala Lumpur. Tetapi ianya diambil daripada perkataan dalam Bahasa China. Shangrila bermaksud Heaven on Earth. Memang terasa seperti di syurga bila dapat ke sini. Kali pertama saya singgah di sini ialah pada June 2010. Saya begitu terpesona dengan keindahan dan kecantikan tasik ini dan kawasan sekelilingnya. Bilik-bilik di Shangrila Resort Skardu ini agak run-down dan sesuai untuk back-packers. Sila reserve bilik VVIP jika anda datang dengan family ya. Hot water hanya ada sekitar 2 jam pada waktu pagi dan 2 jam pada waktu petang/malam. Sila plan masa mandi/urusan bilik air anda sewajarnya.

[9 Gambar] Musim Bunga Menjelma Lagi, Debunga Pokok Paper Mulberry Yang Menyesakkan Ruang Udara | Islamabad, Pakistan

Musim bunga telah kembali ke Islamabad Pakistan. Musim sejuk kali ini agak panjang. Kalau nak diikutkan sepatutnya pada awal bulan Mac, cuaca selalunya akan hujan dan tidak sejuk lagi. Namun tahun ini nampaknya musim sejuk agak panjang di Islamabad. Suhu pada waktu malam masih sejuk walaupun pada penghujung Mac 2013. Agaknya terkesan dengan perubahan suhu di kawasan Siberia agaknya. Di Eropah juga masih sejuk. Cold Spring katanya 🙂

[ 1 ] Bunga-bunga kecil berwarna-warni mula berkembang mekar di musim panas kali ini| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Cantik dedaunan pokok mulberi merah ni. Kalau boleh ulam kan bagus| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kehidupan di negara yang mempunyai empat musim sebegini memungkinkan untuk kita melihat pelbagai spesies bunga yang akan akan bertukar setiap 3 bulan sekali. Penat juga sebenarnya untuk menukar bunga-bunga di taman depan rumah. Bunga-bunga yang ditanam akan hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja. Kemudiannya perlu diganti dengan segera mengikut peredaran musim seterusnya.

[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk tiba lagi di bumi Pakistan.

Seawal pertengahan bulan Disember, bumi Islamabad telah dihujani dengan musim hujan, petanda bermulanya musim sejuk yang mencengkam.

Musim hujan di Islamabad adalah petanda akan turunnya salji di Pergunungan Murree.

Musim sejuk kali ini dijangka yang paling sejuk di dalam sejarah 50 tahun negara ini.

Turunnya salji yang memutih bakal membawa rahmat sekali lagi.

Setidak-tidaknya kepada mereka yang berminat untuk bermain salji!

Jika anda tanya kepada warga tempatan, rata-ratanya menggemari musim sejuk, bukan sebab ada salji, tetapi sebab suhunya yang sejuk dan tiada atau jarang ada loadshedding.

Bekalan elektrik di Pakistan masih lagi tidak mencukupi.

Ketiadaan bekalan elektrik dengan suhu panas sehingga 48’c adalah malapetaka pada musim panas.

Patutlah mereka menyukai musim sejuk berbanding musim panas.

[ 1 ] Murree yang dilitupi salji tebal malam tadi. Sekejap lagi kami semua akan berada di kawasan atas tuh | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Setiap tahun saya dan rakan-rakan senegara dari Malaysia akan berkunjung ke Murree dan Bhurban semata-mata untuk merasai keseronokan bermain salji yang memutih.