Tag Archives: karakoram highway

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[20 Photos] Breakfast at Usmaniah Abbottabad, The Gujjars of Kaghan Valley & Doothpati Chai at Kiwai | Shogran Meadows | Autumn 2013 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | Day 1/2 – Part 1

Shogran. Suatu nama yang tidak asing lagi pada saya. Saya pernah singgah di sini bersama Faizal dan Nazim pada 2010. Dah lama rasanya tak singgah ke Shogran. Memang cantik. Tinggi tempatnya. Dataran tinggi yang hijau. Mengadap Makra Mountain Peak. Kali ini saya singgah ke sini untuk Weekend Getaway. Semalam sahaja. Menginap di Pine Park Hotel Shogran. Sejuk beku duduk hotel ni. Salji yang pertama turun di Shogran pada 2013.

[ 1 ] Gembala Kambing Dengan Kambing-Kambing Mereka Yang Setia di Jalanraya Sebelum Balakot | Weekend Getaway to Shogran Meadows | Siri & Payee Meadows | Autumn 2013 | 1st Snowfall at Payee Meadows | iPhoneography via iPhone5| Kaghan Valley | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | 26-27 10 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Macam biasa kalau dah singgah ke Kaghan Valley, pasti akan sarapan pagi di Restauran Usmaniah di Abbottabad. Bertolak awal pagi dari Islamabad. Pastikan sampai Abbottabad jam 9 pagi. Terus makan pharata dan omelette dengan doothpati chai sekali. Perut kenyang barulah senang hati nak teruskan perjalanan jauh. Dari Abbotabad kita akan melalui bandar Mansehra dan seterusnya Balakot. Selepas Balakot kita akan memasuki ke Kaghan Valley. Valley atau lembah yang hijau di Khyber Pakhtoonkhwa Province. Banyak padang rumput. Banyak kambing-kambing bebiri dan gembala berkeliaran di atas jalan. Nampak baik je kambing-kambing ni, mengikut kehendak tuan gembala mereka.

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[7 Gambar] Makan Tengahari di Rumah Pakcik Kepada Ali Goha di Mansehra | Autumn 2010 | Mansehra, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Setibanya kami di bandar Mansehra, kami menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang wargakerja Petronas di Islamabad, Ali Goha. Warganegara Malaysia namun terdapat unsur-unsur Pakistan pada nama beliau. Beliau berkehendakkan kami singgah di rumah pakcik beliau di Mansehra. Mungkin perlu makan tengahari sekali di kampung beliau. Ini bukan kali pertama saya singgah ke kampung beliau. Ini adalah kali kedua sebenarnya. Kali pertama bersama dengan Ali Goha, Faizal & Nazim, kesemuanya adalah wargakerja Petronas Carigali Pakistan Pvt Ltd dan juga Adrian Zailan, pelajar Malaysia di Ayub Medical College Abbottabad.

[ 1 ] Pemandangan Dari Tingkat Atas Bumbung Rumah di Kampung Uncle Ali Goha | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kali pertama dulu kami singgah untuk makan malam, sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Namun kali ini saya singgah untuk makan tengahari. Pakcik kepada Ali Goha sempat berseloroh dengan saya mengatakan yang saya seperti tidak sudi untuk bermalam di kampungnya. Dia katakan jika kali ketiga saya singgah ke kampungnya, saya wajib untuk tidur bermalam. Pakcik tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal bersamanya. Salah seorang dijadualkan untuk pindah ke England untuk bergelar Akauntan di sana.

[8 Gambar] Menikmati Doothpati Chai (Peshawari Chai) Sambil Duduk Di Atas Charpoy (Katil) Pakistan | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Ini adalah pengalaman pertama saya merasai suasana musim luruh (secara penuh) di Pakistan. Saya bersama dengan dua lagi rakan warganegara Malaysia mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan di Utara Islamabad. Berbekalkan dengan buku Lonely Planet (Pakistan & Karakoram Highway), kami berempat (termasuk pemandu) menelusuri Lebuhraya Karakoram yang terkenal menuju ke destinasi. Kami perlu keluar dari Islamabad. Sudah terasa bosan berada di Islamabad sebenarnya. Perlu merehatkan minda di luar Islamabad. Destinasi kami kali ini adalah bandar Mansehra, Shinkiari dan Balakot.

[ 1 ] Pemandu Kami yang Sentiasa Sibuk Dengan Telefon Bimbitnya | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothapti Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 | (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Teh adalah minuman paling terkenal di Pakistan. Teh dikenali juga sebagai Chai (Urdu). Doothpati (Susu Kerbau) Chai adalah teh hitam yang dimasak dengan sedikit gula dan susu kerbau segar di dalam periuk. Kemudian ditapis dan dihidangkan panas-panas di dalam cawan. Jika dibiarkan seketika, permukaan Doothpati Chai akan ada sedikit warna coklat gelap. Memang sedap. Pakistan adalah di antara negara pengimport teh terbesar di dunia. Namun ironinya di Pakistan tiada ladang teh secara komersil seperti di Sri Lanka. Doothpati Chai juga dikenali sebagai Peshawari Chai. Mungkin namanya diambil bersempena dengan nama bandar Peshawar yang terletak di barat Islamabad.