[7 Gambar] Makan Tengahari di Rumah Pakcik Kepada Ali Goha di Mansehra | Autumn 2010 | Mansehra, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Setibanya kami di bandar Mansehra, kami menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang wargakerja Petronas di Islamabad, Ali Goha. Warganegara Malaysia namun terdapat unsur-unsur Pakistan pada nama beliau. Beliau berkehendakkan kami singgah di rumah pakcik beliau di Mansehra. Mungkin perlu makan tengahari sekali di kampung beliau. Ini bukan kali pertama saya singgah ke kampung beliau. Ini adalah kali kedua sebenarnya. Kali pertama bersama dengan Ali Goha, Faizal & Nazim, kesemuanya adalah wargakerja Petronas Carigali Pakistan Pvt Ltd dan juga Adrian Zailan, pelajar Malaysia di Ayub Medical College Abbottabad.

[ 1 ] Pemandangan Dari Tingkat Atas Bumbung Rumah di Kampung Uncle Ali Goha | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kali pertama dulu kami singgah untuk makan malam, sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Namun kali ini saya singgah untuk makan tengahari. Pakcik kepada Ali Goha sempat berseloroh dengan saya mengatakan yang saya seperti tidak sudi untuk bermalam di kampungnya. Dia katakan jika kali ketiga saya singgah ke kampungnya, saya wajib untuk tidur bermalam. Pakcik tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal bersamanya. Salah seorang dijadualkan untuk pindah ke England untuk bergelar Akauntan di sana.

[ 2 ] Charpoy Atau Katil Kayu | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Beginilah suasana di kampung di Mansehra. Hampir kesemua rumah mempunyai pagar batu yang tinggi. Mereka tidak gemar jika anak perempuan atau wanita mereka dipandang melalui pagar rumah. Setiap rumah kebiasaannya ada courtyard seperti di bawah. Courtyard di sini ditanam dengan pokok limau kinnow. Limau ini akan berbuah lebat pada musim sejuk nanti. Luas juga sebenarnya keadaan di dalam courtyard atau laman rumah sebelah dalam ini. Rumah ini didiami oleh 3-4 keluarga serentak. Mereka mempunya satu bilik besar untuk ruang tamu dan berehat. Kebiasaannya jika musim panas, mereka akan tidur di atas bumbung.

Di sebelah hujung sana ada tandas, ada juga tangki berwarna biru di atasnya. Di sebelahnya ada pintu yang menjurus ke luar. Di luar adalah rumah yang menempatkan kandang kerbau penduduk di sini. Kebiasaannya kerbau diperlukan untuk mereka dapatkan susu segar setiap pagi. Kalau tak silap saya ada dua ekor kerbau di dalamnya. Atas kandang kerbau ini akan diletakkan dengan jerami/sedikit tanah untuk menstabilkan suhu di dalam kandang. Mereka akan memerah susu setiap pagi, dan membuat Doodthpati Chai sepanjang hari. Lebihan susu akan dijadikan yogurt pada malam hari. Yogurt di sini banyak digunakan dalam masakan terutamanya masakan seperti biryani dan salad.

[ 3 ] Ruang Tengah di Rumah, Pokok Limau Kinnow Sedang Berbuah | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Empuk Duduk Di Atas Katil Ini, Saya Pernah Tidur Di atas Katil Yang Sama Semasa Lawatan Ke Sini Suatu ketika Dahulu | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Biji-biji jagung yang belum diproses menjadi tepung jagung. Tepung jagung kemudiannya akan digunakan untuk membuat lempeng jagung. Memang sedap dimakan dengan sayur campur yang dilenyek halus bersama sedikit keju putih (keju susu kambing). Sajian ini dinamakan Palak Paneer. Palak ialah sayur hijau hancur manakal Paneer ialah keju. Bijian jagung ini akan dihantar ke rumah penduduk yang mempunyai pengisar yang menggunakan kuasa air. Nanti saya ceritakan pengalaman kali pertama saya mengisar gandum dan bijian jagung di Mansehra.

[ 5 ] Biji-Biji Jagung Untuk Dikisar Dijadikan Tepung Jagung | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Guni Jagung | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Bergambar Bersama Keluarga Pak Cik kepada En. Ali Goha (Staff Petronas) di Ruang Tamu Rumah. Kiri Sekali Ialah En. Farid (Rakan En Ali Goha) | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.