Tag Archives: orange kinnow

[7 Gambar] Makan Tengahari di Rumah Pakcik Kepada Ali Goha di Mansehra | Autumn 2010 | Mansehra, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Setibanya kami di bandar Mansehra, kami menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang wargakerja Petronas di Islamabad, Ali Goha. Warganegara Malaysia namun terdapat unsur-unsur Pakistan pada nama beliau. Beliau berkehendakkan kami singgah di rumah pakcik beliau di Mansehra. Mungkin perlu makan tengahari sekali di kampung beliau. Ini bukan kali pertama saya singgah ke kampung beliau. Ini adalah kali kedua sebenarnya. Kali pertama bersama dengan Ali Goha, Faizal & Nazim, kesemuanya adalah wargakerja Petronas Carigali Pakistan Pvt Ltd dan juga Adrian Zailan, pelajar Malaysia di Ayub Medical College Abbottabad.

[ 1 ] Pemandangan Dari Tingkat Atas Bumbung Rumah di Kampung Uncle Ali Goha | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kali pertama dulu kami singgah untuk makan malam, sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Namun kali ini saya singgah untuk makan tengahari. Pakcik kepada Ali Goha sempat berseloroh dengan saya mengatakan yang saya seperti tidak sudi untuk bermalam di kampungnya. Dia katakan jika kali ketiga saya singgah ke kampungnya, saya wajib untuk tidur bermalam. Pakcik tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal bersamanya. Salah seorang dijadualkan untuk pindah ke England untuk bergelar Akauntan di sana.

[21 Photos] Memetik Oren di Ladang Oren Khanpur (Daerah Haripur), Biji Gandum Yang Masih Hijau & Oren Pakistan Yang Kemerahan | Ladang Oren Khanpur | Winter 2010 | Punjab Province, Pakistan

Pernahkah anda terlintas yang Pakistan mempunyai ladang oren yang maha luas?

Saya seperti juga rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain tidak terlintas di hati yang Pakistan sememangnya mempunyai ladang oren. Malah saya juga tidak tahu yang Pakistan sebenarnya adalah negara yang mempunyai empat musim sehinggalah saya menjejakkan kaki ke bumi Islamabad pada Oktober tahun lepas. Memang luas ladang oren yang saya singgahi kali ini. Penuh dengan buah oren yang masak ranum sungguhpun sudah sampai ke penghujung Musim Sejuk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di Pakistan adalah bermusim. Justeru jika mahu makan oren, paling sesuai ialah pada musim sejuk. Musim sejuk di sini biasanya berlangsung pada Oktober hingga ke Mac setiap tahun. Kalau terlepas menikmati buah oren yang masak ranum sebegini, jawabnya kenalah tunggu pada Musim Sejuk tahun hadapan sahaja. Pakistan tidak akan import buah oren dari negara luar ya.

[ 1 ] Pintu Masuk Ke Ladang Oren Khapur | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)