Musim Luruh.
Saya memang meminati dengan musim luruh yang berwarna-warni.
Mungkin juga sebab suhunya yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ketika ini.
Kesemua gambar-gambar pokok Chinese Tallow ini diambil di Faisal Avenue.
Jalan menuju ke Masjid Faisal.
Jalan yang agak sibuk.
Jalan yang menghubungkan Kompleks Membeli-belah terbaru, The Centaurus.
Sungguh indah suasana ketika musim luruh kali ini.
Inilah pertama kali saya terdetik untuk merakamkan keindahannya di Faisal Avenue.
Kebiasaannya saya akan singgah ke Marvi Rd, Jinnah Super atau di Supermarket untuk merakamkan keindahan musim luruh.
Namun kali ini terdetik pula untuk singgah ke Faisal Avenue.
Lawa juga suasana di sini. Dengan daun pokok yang kemerahan.
Daun-daun yang gugur juga masih cantik.
Umpama di dalam kisah dongeng sahaja di sini.
Backlighting petang ini juga agak menarik.
Saya suka dengan hasil gambar pada petang ini.