Category Archives: Khanpur

[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

Musim buah oren telah sampai ke penghujungnya di Pakistan. Di sini dua tempat yang sememangnya popular dengan ladang oren ialah di Khanpur (berhampiran Taxila) dan di Sargodha. Kedua-duanya terletak di Wilayah Punjab, Pakistan. Taxila terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Saya hanya pernah sampai ke ladang oren di Khanpur (1 jam perjalanan dari Islamabad) sahaja. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sargodha (3 jam perjalanan dari Islamabad) lagi. Seronok sebenarnya dapat berehat di bawah pokok-pokok limau sebegini. Memang tenang je rasanya. Dalam PKR800 rupees, kita boleh petik sendiri dan bawa balik separuh guni oren-oren ni.

[ 1 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Terdapat pelbagai jenis oren yang ditanam di Pakistan. Di antara yang paling popular adalah Kinnow (Kinoo), Malta dan Musambi (Moosambi). Oren Kinnow adakalanya mempunyai tekstur merah (seakan darah) di dalamnya. Acapkali ianya digelar dengan gelaran bloody kinnow kerana warna merah tersebut. Oren Musambi pula lebih mirip kepada warna kuning. Musambi lebih besar jika dibandingkan dengan Kinnow dan Malta. Kali ini saya ingat nak merasa memetik oren Malta, namun tiada pula pokok oren Malta yang berbuah. Hanya ada oren Kinnow sahaja.

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – –

No 11/40 – Oren Khanpur Yang Betul2 Warna Oren, Terbaek Dari Ladang

macam yang aku ceritakan, pemergian aku ke ladang oren mmg sebenarnya tidak dirancang. aku main belasah je sebenarnya. nak pergi ke empangan khanpur sekali nampak banyak giler oren kat tepi jalan. aku tanya la mana ladangnya, terus ke ladang. sekali peladang bagitau boleh bayar sket pastu boleh petik sendiri oren. perghhhh best wooooo

– – – – – – – – – –

No 12/40 –Jambatan Khanpur, Sungai Khanpur Yang Kering Kontang Semasa Musim Sejuk

jambatan ni kalau korang perasan mmg panjang siot. sungai kat bawah dia tuh nama dia sungai khanpur. takde air langsung sebab winter. memang kering kontang giler ah. ada aktiviti mengambil pasir sungai adjer kat situ. pemandangan menaiki van or trak mcm tuh mmg biasa kat sini. depa kata naik vana berjemaah lagi afdhal hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 13/40 –Pancuran Air di Waktu Malam Di PC Bhurban Hotel

[21 Photos] Memetik Oren di Ladang Oren Khanpur (Daerah Haripur), Biji Gandum Yang Masih Hijau & Oren Pakistan Yang Kemerahan | Ladang Oren Khanpur | Winter 2010 | Punjab Province, Pakistan

Pernahkah anda terlintas yang Pakistan mempunyai ladang oren yang maha luas?

Saya seperti juga rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain tidak terlintas di hati yang Pakistan sememangnya mempunyai ladang oren. Malah saya juga tidak tahu yang Pakistan sebenarnya adalah negara yang mempunyai empat musim sehinggalah saya menjejakkan kaki ke bumi Islamabad pada Oktober tahun lepas. Memang luas ladang oren yang saya singgahi kali ini. Penuh dengan buah oren yang masak ranum sungguhpun sudah sampai ke penghujung Musim Sejuk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di Pakistan adalah bermusim. Justeru jika mahu makan oren, paling sesuai ialah pada musim sejuk. Musim sejuk di sini biasanya berlangsung pada Oktober hingga ke Mac setiap tahun. Kalau terlepas menikmati buah oren yang masak ranum sebegini, jawabnya kenalah tunggu pada Musim Sejuk tahun hadapan sahaja. Pakistan tidak akan import buah oren dari negara luar ya.

[ 1 ] Pintu Masuk Ke Ladang Oren Khapur | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)