Tag Archives: haripur

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[8 Gambar] Menikmati Doothpati Chai (Peshawari Chai) Sambil Duduk Di Atas Charpoy (Katil) Pakistan | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Ini adalah pengalaman pertama saya merasai suasana musim luruh (secara penuh) di Pakistan. Saya bersama dengan dua lagi rakan warganegara Malaysia mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan di Utara Islamabad. Berbekalkan dengan buku Lonely Planet (Pakistan & Karakoram Highway), kami berempat (termasuk pemandu) menelusuri Lebuhraya Karakoram yang terkenal menuju ke destinasi. Kami perlu keluar dari Islamabad. Sudah terasa bosan berada di Islamabad sebenarnya. Perlu merehatkan minda di luar Islamabad. Destinasi kami kali ini adalah bandar Mansehra, Shinkiari dan Balakot.

[ 1 ] Pemandu Kami yang Sentiasa Sibuk Dengan Telefon Bimbitnya | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothapti Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 | (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Teh adalah minuman paling terkenal di Pakistan. Teh dikenali juga sebagai Chai (Urdu). Doothpati (Susu Kerbau) Chai adalah teh hitam yang dimasak dengan sedikit gula dan susu kerbau segar di dalam periuk. Kemudian ditapis dan dihidangkan panas-panas di dalam cawan. Jika dibiarkan seketika, permukaan Doothpati Chai akan ada sedikit warna coklat gelap. Memang sedap. Pakistan adalah di antara negara pengimport teh terbesar di dunia. Namun ironinya di Pakistan tiada ladang teh secara komersil seperti di Sri Lanka. Doothpati Chai juga dikenali sebagai Peshawari Chai. Mungkin namanya diambil bersempena dengan nama bandar Peshawar yang terletak di barat Islamabad.

[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

Musim buah oren telah sampai ke penghujungnya di Pakistan. Di sini dua tempat yang sememangnya popular dengan ladang oren ialah di Khanpur (berhampiran Taxila) dan di Sargodha. Kedua-duanya terletak di Wilayah Punjab, Pakistan. Taxila terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Saya hanya pernah sampai ke ladang oren di Khanpur (1 jam perjalanan dari Islamabad) sahaja. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sargodha (3 jam perjalanan dari Islamabad) lagi. Seronok sebenarnya dapat berehat di bawah pokok-pokok limau sebegini. Memang tenang je rasanya. Dalam PKR800 rupees, kita boleh petik sendiri dan bawa balik separuh guni oren-oren ni.

[ 1 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Terdapat pelbagai jenis oren yang ditanam di Pakistan. Di antara yang paling popular adalah Kinnow (Kinoo), Malta dan Musambi (Moosambi). Oren Kinnow adakalanya mempunyai tekstur merah (seakan darah) di dalamnya. Acapkali ianya digelar dengan gelaran bloody kinnow kerana warna merah tersebut. Oren Musambi pula lebih mirip kepada warna kuning. Musambi lebih besar jika dibandingkan dengan Kinnow dan Malta. Kali ini saya ingat nak merasa memetik oren Malta, namun tiada pula pokok oren Malta yang berbuah. Hanya ada oren Kinnow sahaja.