Setelah puas menikmati buah Laici segar di Haripur, kami berempat bersama dengan kedua-dua pemandu warga Pakistan meneruskan perjalanan ke Abbottabad. Perjalanan seterusnya akan melalui pekan Havelian. Haveli adalah rumah atau kediaman yang besar. Havelian adalah pekan yang sederhana besar. Rumah-rumah yang besar di Pakistan dipanggil haveli. Kebiasannya rumah-rumah ini akan diduduki oleh beberapa keluarga besar, menantu ipar duai dan ramai lagi. Ada courtyard di tengah-tengah rumah. Kita biasa akan ternampak pokok oren di tengah-tengah courtyard ini. Namun bandar ini tidaklah sebesar Abbottabad. Di Havelian terdapat beberapa kem tentera dan dikhabarkan terdapat stor-stor persenjataan di sini.

[ 1 ] Pemandangan Biasa Dengan Gunung-Ganang Menghijau Menuju Ke Abbottabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone 5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Banyak juga gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sini. Perjalanan ke Abbottabad mengambil masa kurang dari 2 jam sahaja, agak dekat sebenarnya dan cepat perjalanan melalui Karakoram Highway kali ini. Mungkin sebab tak banyak kenderaan pagi-pagi ni. Semua dah lapar. Daripada pagi tadi tak makan apa-apa kecuali buah laici yang dibeli di gerai tepi jalan di Haripur. Semua nak sampai cepat ke Restoran Usmania di Abbottabad. Harap-harap dapatlah kami menjamah roti pharata dan telur dadar, disulami dengan beberapa cawan doodthpati chai di sana nanti. Rasa macam dah kelaparan sangat! 🙂