Selepas melewati Grand Trunk Road atau dikenali juga sebagai GT Road, kami memasuki Karakoram Highway dan akhirnya sampai ke pekan Haripur. Nama asalnya ialah Haripur Singh. Jangan tau tau dulu-dulu memang ada beberapa daerah di sini termasuklah Mansehra yang telah ditadbir dan dijajah oleh golongan berketurunan Singh. Haripur memang terkenal dengan dusun buah-buahan segarnya. Banyak buah-buahan ditanam di sini. Ada buah tempatan seperti buah Lokat. Buah yang berwarna kuning. Digemari oleh warga tempatan. Namun kini bukan musim Lokat. Mungkin ianya ada tapi saya yang tak perasan rasanya. Saya tidak ketemu langsung Lokat di kiri dan kanan jalan.
[ 1 ] Gerai Buah-Buahan Segar di Haripur | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
Yang banyak ialah buah Laici. Di sini memang banyak pokok Laici. Lepas 2-3 gerai buah-buahan, kami rasa dah tertahan lagi. Terpaksalah berhenti untuk menengok-nengok dan membeli buah Laici. Banyak juga buah-buahan lain seperti buah Tembikai Susu, Peach, Aprikot, Plum dan lain-lain lagi. Ceri Merah Hitam segar pun ada!
Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar berskala besar travelogue kali ini di bawah ya !
[ 2 ] Kena Stop Beli Buah Juga Ni Nanti | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
[ 3 ] Buah-Buah Laichee Tuh Macam Best Je Kan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
[ 4 ] Now Tengah Ada Season Buah Plum, Sedap Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
Buah Laici memang banyak kali ini. Musim panas memang menjadi permulaan kepada musim buah Laici. Laici yang dijual di Islamabad lebih merah warnanya. Di sini takdelah merah mana. Nampak pucat sedikit. Namun rasanya manis dan sedap. Dek kerana banyaknya Laici yang dijual di sini, terpaksalah kami beli juga. Best juga dapat layan Laici dalam perjalanan ke Abbottabad melalui Karakoram Highway nanti kan. Pokok Laici sebenarnya banyak ditanam di celah-celah pokok Aprikot dan tanaman gandum. Banyak juga pokok laici yang ditanam di ladang Oren Kinnow di Khanpur. Namun saya tidak berkesempatan untuk meraih dengan tangan sendiri buah Laici di Pakistan. Takde rezeki agaknya.
[ 5 ] buah Laichee Yang Tengah Masak Ranum, Ke Masam? | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
[ 6 ] Peach Dengan Aprikot Pun Ada La Kali Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Lihatlah suasana di dalam gerai buah-buahan di tepi jalan di Karakoram Highway ini. Memang meriah dengan warnanya sekali. Memang saya puji penjual-penjual buah-buahan di sini. Memang mereka pandai menyusun buah-buahan yang berwarna-warni di sini. Tertarik juga saya untuk membelinya kali ini. Buah-buahnya memang segar dan menarik mata memandangnya. Harganya pun murah dan mampu dibeli oleh rakyat tempatan. Buah-buah di sini memang mengikut musim. Kalau kita terlepas musimnya, jangan haraplah untuk kita ketemu lagi. Tunggu tahun depanlah jawabnya.
[ 7 ] Sungguh Menggiurkan La Laichee Ni kan, Walaupun Kulitnya Agak Buruk Hehe 🙂 | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 8 ] Ceri Hitam Tu Pun Mengundang Pembeli Tu ! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 9 ] Iqabal Tengah Membeli Laichee | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 10 ] Adjust Setting Dulu Sebelum Shoot | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 11 ] Akhirnya Kami Terbeli Juga Laichee Merah Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 12 ] KKH Tengah Lengang Pepagi Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 13 ] Lepas Bayar Cepat Cabut, Tak Banyak Masa Dah Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 14 ] Plum Merah Ni Macam Manis Je Kan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
[ 15 ] Aprikot Kuning Berbintik Merah Jambu Terbaek Dari Ladang | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
[ 16 ] Dah Jom Sambung Perjalanan Wei! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Perasan tak kereta-kereta di sini ada diletakkan sekali kawasan masing-masing. Contohnya kereta sewa Toyota Fortuner putih di ada tertulis perkataan Islamabad di pletnya. Memang semua kenderaan sebegitu. Senang kita nak kenal kenderaan tersebut didaftarkan dan di mana asalnya. Kebiasaannya police tempatan akan menahan kereta daripada luar kawasan masing-masing untuk memeriksa dengan teliti. Kadang-kadang bahaya juga sebenarnya.
[ 17 ] Challo Bettey ! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)