Tag Archives: malta orange

[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

Musim buah oren telah sampai ke penghujungnya di Pakistan. Di sini dua tempat yang sememangnya popular dengan ladang oren ialah di Khanpur (berhampiran Taxila) dan di Sargodha. Kedua-duanya terletak di Wilayah Punjab, Pakistan. Taxila terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Saya hanya pernah sampai ke ladang oren di Khanpur (1 jam perjalanan dari Islamabad) sahaja. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sargodha (3 jam perjalanan dari Islamabad) lagi. Seronok sebenarnya dapat berehat di bawah pokok-pokok limau sebegini. Memang tenang je rasanya. Dalam PKR800 rupees, kita boleh petik sendiri dan bawa balik separuh guni oren-oren ni.

[ 1 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Terdapat pelbagai jenis oren yang ditanam di Pakistan. Di antara yang paling popular adalah Kinnow (Kinoo), Malta dan Musambi (Moosambi). Oren Kinnow adakalanya mempunyai tekstur merah (seakan darah) di dalamnya. Acapkali ianya digelar dengan gelaran bloody kinnow kerana warna merah tersebut. Oren Musambi pula lebih mirip kepada warna kuning. Musambi lebih besar jika dibandingkan dengan Kinnow dan Malta. Kali ini saya ingat nak merasa memetik oren Malta, namun tiada pula pokok oren Malta yang berbuah. Hanya ada oren Kinnow sahaja.