Qalandarabad adalah satu pekan kecil di sepanjang Karakoram Highway. Selepas Qalandarabad kita akan sampai ke Mansehra pula. Tiada apa yang menarik untuk kami berhenti di tengah-tengah pekan kecil yang dipenuhi dengan manusia yang agak sesak. Terdapat beberapa bazaar dan pasar di sini. Gerai-gerai di tepi jalan juga banyak di Qalandarabad ini. Traffic jam seketika sewaktu kami melewati pekan ini. Menarik juga suasana pekan yang kecil tapi penuh sesak dengan watak-watak manusia yang bingit dan sibuk dengan urusan jual-beli seharian. Kemalangan kecil pun boleh jadi kecoh dek kerana ramainya manusia yang ingin melihat dan masuk campur. Kelakar pula bila diingatkan semula.
Selepas Qalandarabad, kami melewati junction point restaurant di Mansehra. Di sini anda akan dapat lihat pemandangan menarik keseluruhan bandar Mansehra yang besar. Kami tidak berhenti lama di sini kerana kami perlu meneruskan perjalanan seterusnya menelusuri Karakoram Highway yang berliku. Lambat lagi ni nak sampai ke Chilas untuk makan tengah hari. Terasa macam masa berlalu sebegitu pantas. Saya target untuk berhenti di Battagram. Apa ada di Battagram ? Nantikan posting special berkenaan Battagram nanti ya.