Tag Archives: foreigners in pakistan

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk tiba lagi di bumi Pakistan.

Seawal pertengahan bulan Disember, bumi Islamabad telah dihujani dengan musim hujan, petanda bermulanya musim sejuk yang mencengkam.

Musim hujan di Islamabad adalah petanda akan turunnya salji di Pergunungan Murree.

Musim sejuk kali ini dijangka yang paling sejuk di dalam sejarah 50 tahun negara ini.

Turunnya salji yang memutih bakal membawa rahmat sekali lagi.

Setidak-tidaknya kepada mereka yang berminat untuk bermain salji!

Jika anda tanya kepada warga tempatan, rata-ratanya menggemari musim sejuk, bukan sebab ada salji, tetapi sebab suhunya yang sejuk dan tiada atau jarang ada loadshedding.

Bekalan elektrik di Pakistan masih lagi tidak mencukupi.

Ketiadaan bekalan elektrik dengan suhu panas sehingga 48’c adalah malapetaka pada musim panas.

Patutlah mereka menyukai musim sejuk berbanding musim panas.

[ 1 ] Murree yang dilitupi salji tebal malam tadi. Sekejap lagi kami semua akan berada di kawasan atas tuh | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Setiap tahun saya dan rakan-rakan senegara dari Malaysia akan berkunjung ke Murree dan Bhurban semata-mata untuk merasai keseronokan bermain salji yang memutih.

[10 Photos] Dusty & Cold Autumn Morning | Autumn 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super F-7 | Islamabad, Pakistan

Ini adalah pemandangan biasa berhampiran dengan kediaman saya di Islamabad, Pakistan. Setiap kali Musim Luruh saya pasti akan merakamkan keindahan dedaunan yang mula bertukar warna dan akan gugur sebelum Musim Sejuk. Nampak cantik bila dipancar dengan cahaya matahari pagi sebegini. Peluang untuk bermaustatin di Islamabad perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Percaya atau tidak, saya langsung tidak perasan dan endahkan keindahan pokok-pokok Chinese Tallow ini pada 2010. Hanya setelah setahun hidup di sini baru saya perasan yang pokok-pokok di sini begitu indah sekali pada Musim Luruh.

[ 1 ] Chinese Tallow Trees Leaves in Splash of Colours During Autumn Season & Early Winter | Marvi Rd, Near Jinnah Super F7 | Islamabad, Pakistan | 01 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok ini amatlah indah apabila disinari dengan matahari pagi.  Di Pakistan ketika musim panas atau ketika awal musim luruh, matahari akan menjelma seawal jam 5 pagi. Jam 6 pagi dah terang benderang dan panas. Jam 9 pagi amatlah terik panasnya. Saya selalu juga berlegar-legar di kawasan Marvi Road ini untuk mengambil gambar pokok Chinese Tallow kegemaran saya ini. Memang keindahan dedaunnya tidak pernah mengecewakan saya sama sekali. Saya selalu berpuas hati dengan hasil gambar yang telah saya hasilkan dengan pokok-pokok indah ciptaan Ilahi ini.

[5 Photos] Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe 🙂 Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Musim Bunga di Islamabad agak panas. Tidak seperti di Eropah di mana suhunya adalah sekitar 20-25’c sahaja. Di sini suhunya lebih daripada itu. Kadang-kadang saya keliru samada ini adalah Musim Bunga ataupun Musim Panas. Musim Panas yang berlengas. Musim panas yang menyakitkan kepala jika tidak bertopi apabila berada di luar rumah.

[ 1 ] Roses Are Blooming, Spring Is In The Air | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan | 21 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Namun musim panas juga membawa kebaikkan di bumi Pakistan ini. Musim panas menjanjikan musim mangga yang amat manis. Mangga Pakistan memang terkenal dengan kemanisannya. Musim panas juga akan membawa kita kepada bunga-bunga ros yang besar, cantik dan berwarna-warni sekali. Memang Pakistan terkenal dengan bunga ros dan mawar. Di Islamabad ada Rose & Jasmin Garden nya yang tersendiri. Di sini pelbagai spesis ros dan warna ditanam. Bunga-bunga di sini akan hanya berbunga setahun sekali sahaja yakni pada musim bunga dan musim panas sahaja. Jika anda terlepas untuk menikmati keindahan bunga-bunga ini tahun ini, sila tunggu dengan sabar sehingga pada tahun hadapan ya.