Tag Archives: chinese tallow tree

[37 Photos] Postcard of Autumn Colors From Pakistan (Part 2/2) | #Instagram Photos | Islamabad | Pakistan

Ini adalah sambungan daripada blog posting koleksi gambar-gambar ketika Musim Luruh di Islamabad.

Terdapat juga koleksi di tempat lain yang agak jauh seperti di Skardu di Wilayah Baltistan.

Musim Luruh di Islamabad agak singkat.

Percaya atau tidak jika saya katakan yang saya tak perasan langsung akan suasana ceria Musim Luruh semasa saya mula-mula sampai di Islamabad pada bulan Oktober 2009.

Tiada koleksi gambar dedaunan kemerahan pada tahun itu!

Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar Musim Luruh yang sempat saya rakamkan melalui instagram di bawah ya.

[ 1 ] Head #Marala | River #Chenab | Gujrat Village | Wetland Park | iPhoneography | #Winter 2013 | Road Less Travelled | Near #Sialkot | #Punjab Province, #Pakistan

[ 2] United Colours of Autumn | Red Leaves of Chinese Tallow Tree | #Autumn 2013 | #F-7/4 Park | #Islamabad, Pakistan (at F-7/4 Park)

[ 3 ] United Colours of Autumn | Red Leaves of Chinese Tallow Tree | #Autumn 2013 | #F-7/4 Park | #Islamabad, Pakistan (at F-7/4 Park)

[ 4 ] United Colours of Autumn | Red Leaves of Chinese Tallow Tree | Makkan Charbi | Vilayiti Shistum | Sapium Sebiferum | #Autumn 2013 | #F-7/4 Park | #Islamabad, Pakistan (at F-7/4 Park)

[32 Photos] Postcard of Autumn Colors From Pakistan (Part 1/2) | #Instagram Photos | Islamabad | Pakistan

Musim Luruh adalah musim yang paling saya gemari.

Masakan tidak, pada ketika ini, cuaca adalah agak sejuk, tidaklah sepanas semasa Musim Panas membahang pada bulan Jun setiap tahun.

Musim Luruh menyaksikan dedaunan pokok-pokok bertukar warna kemerahan, kekuningan dan sungguh menyaksikan.

Saya selalu mengabadikan koleksi gambar-gambar Musim Luruh di Islamabad melalui instagram saya.

Best juga kalau dapat letakkan kesemuanya dalam satu blog post macam di bawah kan?

[ 1 ] These Grape Leaves Are Changing Colours | Autumn Season Is Here Fellas! | Islamabad, Pakistan

[ 2 ] United Colours of Autumn Season | Governor House, Nathia Gali | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

[ 3 ] The Gujjars of Kaghan Valley, Heading South To Runaway from The Cold Winter | Mahandri, Kaghan Valley | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan

[ 4 ] United Colours of Autumn | Rose & Jasmin Garden | Islamabad, Pakistan

[ 5 ] Autumn Leaves | Isloo PAK

[ 6 ] Pre-Autumn Leaves @ Chinese Tallow Trees | Isloo PAK

[ 7 ] Autumn In My Heart | Isloo PAK

[ 8 ] Maple Leaves or Chinar Leaves Are Falling, Autumn In My Heart | Isloo PAK

[ 9 ] Chinese Tallow Tree Autumn Leaves | Attaturk Avenue, Isloo PAK

[10 Photos] Dusty & Cold Autumn Morning | Autumn 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super F-7 | Islamabad, Pakistan

Ini adalah pemandangan biasa berhampiran dengan kediaman saya di Islamabad, Pakistan. Setiap kali Musim Luruh saya pasti akan merakamkan keindahan dedaunan yang mula bertukar warna dan akan gugur sebelum Musim Sejuk. Nampak cantik bila dipancar dengan cahaya matahari pagi sebegini. Peluang untuk bermaustatin di Islamabad perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Percaya atau tidak, saya langsung tidak perasan dan endahkan keindahan pokok-pokok Chinese Tallow ini pada 2010. Hanya setelah setahun hidup di sini baru saya perasan yang pokok-pokok di sini begitu indah sekali pada Musim Luruh.

[ 1 ] Chinese Tallow Trees Leaves in Splash of Colours During Autumn Season & Early Winter | Marvi Rd, Near Jinnah Super F7 | Islamabad, Pakistan | 01 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok ini amatlah indah apabila disinari dengan matahari pagi.  Di Pakistan ketika musim panas atau ketika awal musim luruh, matahari akan menjelma seawal jam 5 pagi. Jam 6 pagi dah terang benderang dan panas. Jam 9 pagi amatlah terik panasnya. Saya selalu juga berlegar-legar di kawasan Marvi Road ini untuk mengambil gambar pokok Chinese Tallow kegemaran saya ini. Memang keindahan dedaunnya tidak pernah mengecewakan saya sama sekali. Saya selalu berpuas hati dengan hasil gambar yang telah saya hasilkan dengan pokok-pokok indah ciptaan Ilahi ini.