Category Archives: Rose & Jasmine Garden

[32 Photos] Postcard of Autumn Colors From Pakistan (Part 1/2) | #Instagram Photos | Islamabad | Pakistan

Musim Luruh adalah musim yang paling saya gemari.

Masakan tidak, pada ketika ini, cuaca adalah agak sejuk, tidaklah sepanas semasa Musim Panas membahang pada bulan Jun setiap tahun.

Musim Luruh menyaksikan dedaunan pokok-pokok bertukar warna kemerahan, kekuningan dan sungguh menyaksikan.

Saya selalu mengabadikan koleksi gambar-gambar Musim Luruh di Islamabad melalui instagram saya.

Best juga kalau dapat letakkan kesemuanya dalam satu blog post macam di bawah kan?

[ 1 ] These Grape Leaves Are Changing Colours | Autumn Season Is Here Fellas! | Islamabad, Pakistan

[ 2 ] United Colours of Autumn Season | Governor House, Nathia Gali | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

[ 3 ] The Gujjars of Kaghan Valley, Heading South To Runaway from The Cold Winter | Mahandri, Kaghan Valley | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan

[ 4 ] United Colours of Autumn | Rose & Jasmin Garden | Islamabad, Pakistan

[ 5 ] Autumn Leaves | Isloo PAK

[ 6 ] Pre-Autumn Leaves @ Chinese Tallow Trees | Isloo PAK

[ 7 ] Autumn In My Heart | Isloo PAK

[ 8 ] Maple Leaves or Chinar Leaves Are Falling, Autumn In My Heart | Isloo PAK

[ 9 ] Chinese Tallow Tree Autumn Leaves | Attaturk Avenue, Isloo PAK

[5 Photos] Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe 🙂 Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Musim Bunga di Islamabad agak panas. Tidak seperti di Eropah di mana suhunya adalah sekitar 20-25’c sahaja. Di sini suhunya lebih daripada itu. Kadang-kadang saya keliru samada ini adalah Musim Bunga ataupun Musim Panas. Musim Panas yang berlengas. Musim panas yang menyakitkan kepala jika tidak bertopi apabila berada di luar rumah.

[ 1 ] Roses Are Blooming, Spring Is In The Air | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan | 21 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Namun musim panas juga membawa kebaikkan di bumi Pakistan ini. Musim panas menjanjikan musim mangga yang amat manis. Mangga Pakistan memang terkenal dengan kemanisannya. Musim panas juga akan membawa kita kepada bunga-bunga ros yang besar, cantik dan berwarna-warni sekali. Memang Pakistan terkenal dengan bunga ros dan mawar. Di Islamabad ada Rose & Jasmin Garden nya yang tersendiri. Di sini pelbagai spesis ros dan warna ditanam. Bunga-bunga di sini akan hanya berbunga setahun sekali sahaja yakni pada musim bunga dan musim panas sahaja. Jika anda terlepas untuk menikmati keindahan bunga-bunga ini tahun ini, sila tunggu dengan sabar sehingga pada tahun hadapan ya.