Tag Archives: rose garden

[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).

[ 1 ] Langit biru dengan awan gemawan, latarbelakang penuh anggun untuk Masjid Faisal yang berwarna putih | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

[5 Photos] Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe 🙂 Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Musim Bunga di Islamabad agak panas. Tidak seperti di Eropah di mana suhunya adalah sekitar 20-25’c sahaja. Di sini suhunya lebih daripada itu. Kadang-kadang saya keliru samada ini adalah Musim Bunga ataupun Musim Panas. Musim Panas yang berlengas. Musim panas yang menyakitkan kepala jika tidak bertopi apabila berada di luar rumah.

[ 1 ] Roses Are Blooming, Spring Is In The Air | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan | 21 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Namun musim panas juga membawa kebaikkan di bumi Pakistan ini. Musim panas menjanjikan musim mangga yang amat manis. Mangga Pakistan memang terkenal dengan kemanisannya. Musim panas juga akan membawa kita kepada bunga-bunga ros yang besar, cantik dan berwarna-warni sekali. Memang Pakistan terkenal dengan bunga ros dan mawar. Di Islamabad ada Rose & Jasmin Garden nya yang tersendiri. Di sini pelbagai spesis ros dan warna ditanam. Bunga-bunga di sini akan hanya berbunga setahun sekali sahaja yakni pada musim bunga dan musim panas sahaja. Jika anda terlepas untuk menikmati keindahan bunga-bunga ini tahun ini, sila tunggu dengan sabar sehingga pada tahun hadapan ya.