Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).
Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.
Sekarang ni adalah musim bunga di Islamabad. Di sekitar masjid ini terdapat taman bunga mawar atau ros. Sekarang adalah waktu puncak musim bunga ros ini. Tahun ni rasanya macam kurang sedikit berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas lagi banyak bunga ros yang berkembang mekar rasanya. Cakap sahaja warna apa, semua ada di sini. 🙂
Kalau cuaca cerah dah cantik kita akan nampak pemandangan Bukit Margalla yang berwarna hijau. Dipenuhi dengan hutan pokok renik. Disitulah saya selalu hiking daripada kaki bukit sampailah ke puncak nya. Puncak tertinggi dikenali sebagai Pir Sohawa. Pir Sohawa ni berdekatan dengan Restoran Monal, restoran yang terkenal di Islamabad.
Bawah ni pula Makam General Zia-ul Haq. Satu-satunya makam yang ada di perkarangan atau taman bunga ros di Masjid Faisal ini. Kebiasaannya makam ni ditutup dan dikunci, hanya ada hari-hari tertentu sahaja yang dibuka untuk dilawati oleh orang ramai di Islamabad ini.
Bunga mawar merah ni sahaja yang kelihatan berkembang mekar hari ini. Bunga-bunga lain seakan-akan merajuk pula hari ini. Tahun lepas lagi banyak dan puasa bergambar di taman bunga ros di Masjid Faisal. Ramai juga sebenarnya rakyat Pakistan yang datang singgah ke Masjid Faisal untuk melancong dan bersiar-siar.
Biasa kita tengok masjid dalam gambar warna, apakata sekali sekala kita lihat pula rupa Masjid Faisal dalam hitam putih pula. Cantik jugak kan? hehe 🙂 Saya terpaksa tinggikan sedikit kontrast langit sebab tak berapa nak gelap masa ni. Gambar hitam putih ni biasanya akan lagi cantik kalau kontrasnyer tinggi ye adik2 🙂
Lama betul penulis menunggu untuk merakamkan gambar terbaik Masjid Faisal kali ini. Gambar ketika musim luruh atau dingin memang tak berapa nak menarik sebab awan tiada dan kebiasaannya langit kelabu sahaja. Gambar di atas memang ditunggu-tunggu. Kalau di Malaysia memang kita dah selalu nampak suasana langit yang cantik, tapi di Pakistan, jarang-jarang sebenarnya.
12 responses to “[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan”