Musim sejuk tiba lagi di bumi Pakistan.
Seawal pertengahan bulan Disember, bumi Islamabad telah dihujani dengan musim hujan, petanda bermulanya musim sejuk yang mencengkam.
Musim hujan di Islamabad adalah petanda akan turunnya salji di Pergunungan Murree.
Musim sejuk kali ini dijangka yang paling sejuk di dalam sejarah 50 tahun negara ini.
Turunnya salji yang memutih bakal membawa rahmat sekali lagi.
Setidak-tidaknya kepada mereka yang berminat untuk bermain salji!
Jika anda tanya kepada warga tempatan, rata-ratanya menggemari musim sejuk, bukan sebab ada salji, tetapi sebab suhunya yang sejuk dan tiada atau jarang ada loadshedding.
Bekalan elektrik di Pakistan masih lagi tidak mencukupi.
Ketiadaan bekalan elektrik dengan suhu panas sehingga 48’c adalah malapetaka pada musim panas.
Patutlah mereka menyukai musim sejuk berbanding musim panas.
Setiap tahun saya dan rakan-rakan senegara dari Malaysia akan berkunjung ke Murree dan Bhurban semata-mata untuk merasai keseronokan bermain salji yang memutih.
Salji turun agak tebal kali ini. Sampai ke lutut tingginya.
Seronoklah kami dapat berlari-lari seperti kanak-kanak di dalam salji.
Dihidang pula dengan nasi lemak ikan bilis tatkala telah penat bermain salji.
Makan juga dengan karipap dan minum dengan doodthpati chai Pakistan.
Memang heaven!
Tu belum lagi kalau dapat pekena sendiri dengan kopi cap Kapal Api!
Tanggal 29 Disember 2012, saya dan beberapa rakan telah singgah ke Pergunungan Murree, dengan satu niat di hati, ingin bermain salji.
Hari jumaat, bumi Islamabad disimbahi dengan hujan sepanjang hari.
Petanda baik sekali.
Pasti salji akan turun dengan lebatnya di Murree (disebut sebagai mer-ri).
Segala kelengkapan dan pakaian tebal telah disediakan.
Kami melalui Murree Expressway untuk ke Pergunungan Murree.
Nantilah saya akan cerita dengan panjang lebar apa yang berlaku di sepanjang trip “Memjejak Salji” pada kali ini :).
Hati siapalah yang tidak gembira tatkala melihat padang kriket di Bhurban yang dipenuhi dengan salji.
Salji yang memutih yang baru turun pada hari sebelumnya.
Pemandangan yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kita nikmati, kagumi dan syukuri.
Terasa seperti mahu berenang kuak lentang di dalam padang salji!
Ini bukan kali pertama saya ke Pergunungan Murree untuk bermain salji.
Ini adala trip ke-3 dalam sepanjang hidup saya berkelana di bumi Islamabad ini.
Setiap trip adalah berlainan sekali. Pergi bersama dengan orang-orang yang lain.
Sungguh teruja ketika pertama kali menatap salji yang memutih di bumi Pakistan.
Siapa sangka anda hanya perlu memandu selama sejam setengah sahaja untuk bermain salji.
“Chai brother ?”Jangan tak tau yang di tengah-tengah salji yang tebal itu #SilaLihatKakiDia.
Anda akan dihidangkan dengan minuman teh tempatan yang dikenali sebagai chai!
Cuma sila pastikan yang beliau telah membasuh semula cawan-cawan yang dipegangnya itu ya!
One response to “[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan”