Tag Archives: tourism pakistan

[14 Photos] Ada Ke Musim Bunga Di Pakistan ? | Cherry Blossom, Apricot Flowers & Green Pear Sakuras | Perkampungan Bhurban, Pakistan

Rasanya ada tak musim bunga di Pakistan?

Ramai tak tahu yang Pakistan adalah negara empat musim. Semuanya ada di sini.

Musim bunga juga tidak kurang meriah di sini. Namun suasana di Islamabad agak biasa-biasa sahaja.

Tidaklah sehebat di Jepun dan Korea Selatan. Tiada hanami di sini.

Musim bunga di Pakistan berbeza-beza mengikut kawasan. Kalau di Utara Pakistan mungkin awal sedikit. Rasanya di penghujung Februari telah muncul bunga-bunga Sakura di Lembah Hunza dan kawasan-kawasan di Utara Pakistan. Di kawasan pergunungan Murree dan Bhurban mungkin lambat sedikit di sekitar penghujung Mac setiap tahun. Di sini tiada ramalan musim bunga seperti di Jepun. Saya pun kadang-kadang akan terlepas pandang dan seringkali terlupa akan tibanya musim bunga.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]

Percaya atau tidak, selama kira-kira empat tahun saya berkelana di Pakistan, hanya pada tahun ketiga yang saya sempat merakamkan suasana musim bunga sebegini. Saya pun tak tau di mana saya berada ketika musim bunga sampai kemuncaknya di Pakistan. Balik Malaysia agaknya ketika itu.

Musim bunga di sini memang pendek. Tempohnya tak sampai dua bulan.

[13 Photos] Menelusuri Pasar Aabpara Dalam Kesejukan Malam Musim Dingin | Milky Jalebi, Musambi Orange, Chicken Tikka & Winter Cloth | Winter 2012 | Aabpara Market | Islamabad, Pakistan

Aabpara Market” atau Pasar di Aabpara, Islamabad adalah di antara pasar yang selalu saya kunjungi. Hampir setiap minggu jugalah saya singgah di sini. Saja-saja hendak menikmati “chicken tikka” ataupun “beef nihari” di sini. Pemandu saya juga kadang-kadang hairan bilamana saya selalu datang ke sini. Saya sukakan suasana pasar di sini. Banyak kedai dan gerai-gerai di tepi jalan. Seronok dapat melayan kerenah manusia di sini. Street Photography juga boleh dipraktikkan sekali.

[ 1 ] Milky Jalebi, Street Sellers, Fruit Sellers & Chicken Tikka Vendors @ Winter Night PhotoWalk | Winter 2012 | Aabpara Market | Islamabad, Pakistan | 15 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM )

Banyak juga gerai yang menjual pelbagai juadah, sayuran dan buah-buahan di Aabpara Market. Tidak puas rasanya jika datang ke sini pada musim sejuk jika kita tidak menikmati buah pisang kaki Wilayah Kaghan, limau kinnow dari Sargodha, limau musambi dari Khanpur, jambu batu, buah delima dari Afghanistan, epal merah dari Lembah Hunza, anggur hijau Balochistan dan pisang yang berasal dari Wilayah Sindh.

[ 2 ] Milky Jalebi, Street Sellers, Fruit Sellers & Chicken Tikka Vendors @ Winter Night PhotoWalk | Winter 2012 | Aabpara Market | Islamabad, Pakistan | 15 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM )

[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk tiba lagi di bumi Pakistan.

Seawal pertengahan bulan Disember, bumi Islamabad telah dihujani dengan musim hujan, petanda bermulanya musim sejuk yang mencengkam.

Musim hujan di Islamabad adalah petanda akan turunnya salji di Pergunungan Murree.

Musim sejuk kali ini dijangka yang paling sejuk di dalam sejarah 50 tahun negara ini.

Turunnya salji yang memutih bakal membawa rahmat sekali lagi.

Setidak-tidaknya kepada mereka yang berminat untuk bermain salji!

Jika anda tanya kepada warga tempatan, rata-ratanya menggemari musim sejuk, bukan sebab ada salji, tetapi sebab suhunya yang sejuk dan tiada atau jarang ada loadshedding.

Bekalan elektrik di Pakistan masih lagi tidak mencukupi.

Ketiadaan bekalan elektrik dengan suhu panas sehingga 48’c adalah malapetaka pada musim panas.

Patutlah mereka menyukai musim sejuk berbanding musim panas.

[ 1 ] Murree yang dilitupi salji tebal malam tadi. Sekejap lagi kami semua akan berada di kawasan atas tuh | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Setiap tahun saya dan rakan-rakan senegara dari Malaysia akan berkunjung ke Murree dan Bhurban semata-mata untuk merasai keseronokan bermain salji yang memutih.

[11 Photos] Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Summer 2012 | Naran, Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Perjalanan dari Islamabad ke Bandar Naran mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Di waktu puncak ketima Musim Panas, perjalanan akan lebih lama disebabkan oleh banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Bandar Naran. Bandarnya kecil sahaja. Namun cantik dek kerana berada di altitud yang tnggi. Suasananya amat nyaman. Bandar ini akan dilitupi salji sepenuhnya pada Musim Sejuk setiap tahun. Jalan-jalan akan terus ditutup. Dari Bandar Naran anda perlu menaiki jeep usang (tapi bertenaga) naik ke Tasik Saiful Mulook. Perjalanan dengan jeep ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bukan masa yang difikirkan tapi perjalanan umpama menaiki kerusi Ogawa ++ yang dikisahkan.

[ 1 ] Airnya Sungguh Sejuk, Air Glacier Yang Mencair | Jheel (Lake) Saiful Mulook Facing Malika Parbat Mountain | 3,224m | Summer 2012 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 24 06 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)