Tag Archives: kaghan naran

[11 Photos] Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Summer 2012 | Naran, Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Perjalanan dari Islamabad ke Bandar Naran mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Di waktu puncak ketima Musim Panas, perjalanan akan lebih lama disebabkan oleh banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Bandar Naran. Bandarnya kecil sahaja. Namun cantik dek kerana berada di altitud yang tnggi. Suasananya amat nyaman. Bandar ini akan dilitupi salji sepenuhnya pada Musim Sejuk setiap tahun. Jalan-jalan akan terus ditutup. Dari Bandar Naran anda perlu menaiki jeep usang (tapi bertenaga) naik ke Tasik Saiful Mulook. Perjalanan dengan jeep ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bukan masa yang difikirkan tapi perjalanan umpama menaiki kerusi Ogawa ++ yang dikisahkan.

[ 1 ] Airnya Sungguh Sejuk, Air Glacier Yang Mencair | Jheel (Lake) Saiful Mulook Facing Malika Parbat Mountain | 3,224m | Summer 2012 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 24 06 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[4 Photos] Don’t Hate Me Coz I’m Beautiful | Gujjars of Kaghan Valley & Their Colourful Mountain Goats | Summer 2011 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Ini patutnya entry untuk #WordlessWednesday or dalam bahasa melayu #TerkeduRabu. Tapi takpe, gua postkan juga entry bergambar ni ya. ramai reader yang suka tengok gambar kan? Ni kambing gurun ni. masa nak winter depa akan travel ke southern part of pakistan. Masa summer depa balik kg! kambing gurun yang bulu cantik ni pun kadang2 tak tahan sejuk wooo. Tapi memang lawa la kambing-kambing gurun ni siap dengan warna-warni lagi kan.

[ 1 ] Gujjars of Kaghan Valley & Their Colourful Mountain Goats | Summer 2011 |Kaghan Valley, Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | Naran Babusar Gilgit Hunza 2011 | 02-07 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Diperhatikan kambing-kambing yang diternak di kawasan ini memang sihat-sihat belaka. Mana tak sihatnya, kambing-kambing ini minum air glacier gunung, memang air mineral asli. Makan pula rumput-rumput segar pada musim bunga. Ala-ala penternakan kambing dan lembu fernleaf di New Zealand! Penternak dan gembala kambing biasanya akan mewarnakan kambing-kambing mereka dengan bermacam-macam warna untuk memudahkan mereka mengenali kambing-kambing mereka. Saya diberitau mereka ini akan merantau dengan kambing-kambing mereka ke Islamabad dan Abbottabad dari kawasan sejauh di Gittidas di Lembah Kaghan. Memang jauh!