Ramai tak tahu yang Pakistan adalah negara empat musim. Semuanya ada di sini.
Musim bunga juga tidak kurang meriah di sini. Namun suasana di Islamabad agak biasa-biasa sahaja.
Tidaklah sehebat di Jepun dan Korea Selatan. Tiada hanami di sini.
Musim bunga di Pakistan berbeza-beza mengikut kawasan. Kalau di Utara Pakistan mungkin awal sedikit. Rasanya di penghujung Februari telah muncul bunga-bunga Sakura di Lembah Hunza dan kawasan-kawasan di Utara Pakistan. Di kawasan pergunungan Murree dan Bhurban mungkin lambat sedikit di sekitar penghujung Mac setiap tahun. Di sini tiada ramalan musim bunga seperti di Jepun. Saya pun kadang-kadang akan terlepas pandang dan seringkali terlupa akan tibanya musim bunga.
[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
Percaya atau tidak, selama kira-kira empat tahun saya berkelana di Pakistan, hanya pada tahun ketiga yang saya sempat merakamkan suasana musim bunga sebegini. Saya pun tak tau di mana saya berada ketika musim bunga sampai kemuncaknya di Pakistan. Balik Malaysia agaknya ketika itu.
Musim bunga di sini memang pendek. Tempohnya tak sampai dua bulan.
Memang selalu terlepaslah jawabnya.
Sedar-sedar sahaja kesemua pokok-pokok ini akan hilang bunganya. Keluar dedaunan hijau sehinggalah ke musim panas yang membahang. Anda perlu memandu selama 1-2 jam untuk sampai ke Perkampungan Bhurban. Takdelah jauh mana. Cuma masa sahaja yang mencemburui saya. Sentiasa sibuk dan tak berkesempatan singgah untuk bersama musim bunga yang indah di sini.
[ 2 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 3 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 4 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 5 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 6 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 7 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
Di bawah adalah bunga-bunga pokok pear hijau yang sedang rancak berbunga di Perkampungan Bhurban. Kalau tadi kita disajikan dengan bunga-bunga berwarna merah jambu. Kita layan pula bunga-bunga yang berwarna putih di sini. Pokok pear di sini agak tinggi. Bunga-bunga ini semua akan gugur ke bumi apabila daun hijau yang pertama muncul. Tak pernah pula saya singgah di sini ketika buah-buah pear hijau ini masak ranum.
Kan best kalau boleh berhanami di bawah pepohon pear hijau seperti di Jepun dan Korea Selatan.
Terasa macam nak masak lempeng. Cecah sambal ikan bilis. Sambil melepak atas tikar mengkuang.
Layan bunga-bunga yang indah. Sesambil kelopak-kelopak bunga berguguran ke bumi. Oh hanami!
Cantik kan bunga-bunga putih ni?
[ 8 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 9 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 10 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 11 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 12 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 13 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
[ 14 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Green Pear Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]
————————————————————————-
Banyak lagi coretan pengalaman dan perjalanan saya di Pakistan dinukilkan di sini.