Saya suka akan Lahore. Suatu kota yang indah. Kota lama yang penuh dengan sejarah.
Kalau tak melawat Lahore memang tak sah kunjungan kita ke Pakistan.
Bangunan-bangunan di sini juga penuh dengan seni. Semacam bangunan-bangunan di Agra, India.
Lahore terletak di dalam Wilayah Punjab, bersempadan dengan India.
Wilayah yang sama diperintah oleh Sultan Shah Jahan (sebelum dipisahkan selepas zaman British).

[ 1 ] Aziz Rana Asyik Memandang Ayam-Ayam Togel Bergantungan | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Lahore sememangnya “melting pot” Pakistan. Bila ramai penduduk, maka banyaklah kedai makan.
Jujur saya katakan yang saya belum sempat menjelajah Lahore sepenuhnya.
4 tahun masa saya di Pakistan tidak cukup sebenarnya. Terlampau banyak tempat untuk dilawati.
Take it slow. Tak perlu terburu-buru. Travel dengan masa yang ada dan nikmati keindahannya.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya singgah ke Lahore.
Namun inilah kali pertama saya singgah untuk makan di Karahi Butt, di Kota Lama Lahore.

[ 2 ] Sekumpulan Ayam-Ayam Segar Yang Masih Hidup | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Chicken Karahi adalah ayam masak berempah (ala-ala kari) dan kuah tomato pekat (dan segar dari ladang).
Mereka tidak menggunakan santan di sini. Memang sedap bila dimakan panas-panas dengan roti naan yang besar.
Chicken karahi akan dimasak di dalam kuali leper yang besar berwarna hitam. Besi tebal tahan karat.
Dihidangkan beserta dengan kuali di atas meja makan. Kuali sahaj penuh semeja.
Gunakan tangan anda untuk mencecah chicken karahi ya! Owh terkenang la pula.

[ 3 ] Memang Nampak Sedap Ayam Masak Karahi Di Kedai Ini | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Mungkin kalau saya berasal dari Pakistan, nama saya akan bertukar kepada “Nizam Butt”.
Lupa nak bagitahu, di sini kalau nama anda “Nizam” ianya akan jadi “Nazim”.
Tiada jalan “Nizamu-ddin” namun ada jalan “Nazim-ud-in” ya.
Kedai ini semestinya kepunyaan Tuan Butt. Tak pasti pula nama pakcik bermisai putih di bawah.
Terlalu asyik mengambil gambar di kedai ini sampai terlupa untuk “engage” dengan mereka.
Biasalah musim sejuk, perut dah lapar. Tak sempat nak borak-borak lama dengan mereka.

[ 4 ] Berapi-api Dan Panas Keadaaan Di Dapur Utama | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Lakshmi Chowk Yang Sentiasa Sibuk Di Lahore | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Ayam Dah Daging Yang Dah Tersedia Untuk Diedarkan Kepada Pelanggan | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Cecah Dengan Roti Naan Yang Panas-Panas Memang Syurga Dunia | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Dah Tak Sabar Nak Makan Malam Ni | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Takdelah pedas mana, cuma menyengat sedikit sahaja. Takdelah sepedas sambal belacan ya.
Sila abaikan kadar minyak di dalam kuali legam itu. Kari tanpa minyak, bukanlah kari namanya.
Kalau anda rasa ragu-ragu dengan menu di dalam mana-mana kedai, bolehlah order Chicken Karahi ini.
Pasti sedap dan tidak menyesal nanti. Kalau ada kambing mungkin lebih menarik.

[ 9 ] Ada Hirisan Halia dan Cili Kering Berbentuk Bulat Di Dalamnya | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Bergambar Bersama Tukang Masak Utama Di Sini | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | iPhoneography | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Memang sedap masakan pakcik ni. Saya bagi 8 bintang.
Kalau ada siapa-siapa yang singgah Lahore, jangan lupa ke Lakshmi Chowk.
Pekena Chicken Karahi di Kedai Butt Karahi Tikka.
Senang je nak cam kedai ni. Depan kedai dia ada ayam hidup dan ayam togel bergantungan.
Susah-susah sangat cari je pakcik bermisai putih tu.
