[21 Gambar] Pendakian Dari Perkampungan Nurpur ke Chila Gah (Gua Imam Bari) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan – Bahagian 1 / 3
“Hiking” atau mendaki bukit di Islamabad adalah sesuatu yang mengujakan. Segalanya bermula setelah seorang daripada kami rakyat Malaysia di Islamabad bercita-cita untuk “singgah” ke Base Camp, Gunung K2. Kami diheret sekali untuk mendaki Bukit Margalla di Islamabad ini bersama-sama dengan beliau. Latihan intensif katanya.
[ 1 ] Pagi-Pagi Musim Dingin Ini Ada Pula Kambing-Kambing Yang Mengekori Kami | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Seronok juga dapat “hiking” pada musim sejuk sebegini. Badan tidaklah terlalu berpeluh. Hanya kulit terasa sedikit kering dan mengelupas. Tuan Shaiful Bahari Mahpar tiada dalam pendakian singkat ke Chila Gah pada kali ini ya. Demikianlah bermulanya sejarah pendakian di Bukit Margalla oleh kami hampir setiap hujung minggu. “The rest is history”. Penat juga sebenarnya. Musim dingin yang mencengkam. Cuaca kelam. Nak bangun pagi punyalah payah sekali. Kadang-kadang terasa seperti menyusahkan diri sendiri. Namun tatkala berada di puncak Bukit Margalla, terasa menang dan tenang.
“Hiking” ke Chila Gah kali ini akan melalui anak-anak tangga konkrit yang telah di bina oleh masyarakat di sini. Terdapat sebuah binaan di pertengan pendakian ke Bukit Margalla. Biasanya kami akan mendaki berdasarkan kepada “Hiking Trail” yang ada. Namun kali ini, pendakian agak mudah dengan adanya anak-anak tangga konkrit. Tiada apa-apa persediaan yang diperlukan. Hanya persediaan mental dan semangat melawan selimut panas ketika bangun di pagi musim sejuk sahaja yang diperlukan.
Ini adalah Bahagian 1 daripada 3 catatan pendakian kami.
Kalau ada masa saya akan paparkan banyak lagi gambar-gambar pada Bahagian 2 dan 3 ya.
[ 2 ] Tuan Erick Pedro Tengah Mentelaah Facebook Sambil Bermesra Dengan Kambing Gurun | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 3 ] Budak Lelaki Bersama Kaset-Kaset Lama. Ini Barulah Kedai Hipster Namanya ! | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 4 ] Ada Pula Hiburan Di Pagi Hari. Budak Ini Dengan Pakciknya (Bersama Monyet) Menyapa Kami Sewaktu Pendakian Kali Ini | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 5 ] Monyet Yang Sedia Menurut Arahan Tuannya Untuk Melakukan Persembahan | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 6 ] Jauh Lagi Perjalanan Untuk Pendakian Kali Ini | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 7 ] Terjumpa Dengan Lelaki Yang Membawa Kayu Api Di Tengah Jalan | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 8 ] Tuan Syakirin Berbual-Bual Dengan Lelaki Tadi | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 9 ] Nampak Agak Berat Bebanan Yang Dipikul Oleh Lelaki Tempatan Ini | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 10 ] Wah! Pagi-Pagi Lagi Dah Ada Sarapan Di Sini. Balik Nanti Kita Singgah Ya ! | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 11 ] Ramuan Untuk Pakora Sayur | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 12 ] Pakora Sayur Yang Telah Siap Digoreng. Masih Panas ! Makan Masa Musim Sejuk Pula Tu, Memang Syurga Dunia | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 13 ] Pemandangan Dari Hentian Rehat Di Tengah Pendakian. Saujana Mata Memandang | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 14 ] Baru Setengah Pendakian. Jauh Lagi Perjalanan Ke Puncak Bukit | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 15 ] Kenangan Ketika Mendaki Bukit Margalla. Puan Jamaliah, Tuan Rofi, Tuan Nizam, Tuan Ahmad Saduni, Tuan Shakirin & Tuan Erick Pedro | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 16 ] Di Tengah-Tengah Bukit Ada Bangunan Rumah Pertapaan Bari Imam | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 17 ] Sungguh Bersahaja Aksi Keldai Pengangkut Barang Di Sini | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 18 ] Pendakian Pada Musim Dingin Agak Memenatkan Dek Kerana Lapisan Oksigen Yang Nipis | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 19 ] Di Mana-Mana Kami Singgah Akan Ada Gerai Menjual Teh Susu Panas | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 20 ] Pemandangan Rumah Imam Bari Dari Bawah | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
[ 21 ] Monyet-Monyet Yang Agak Jinak Di Pertengahan Pendakian | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)