Category Archives: Margalla Hill

[21 Gambar] Pendakian Dari Perkampungan Nurpur ke Chila Gah (Gua Imam Bari) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan – Bahagian 1 / 3

Hiking” atau mendaki bukit di Islamabad adalah sesuatu yang mengujakan. Segalanya bermula setelah seorang daripada kami rakyat Malaysia di Islamabad bercita-cita untuk “singgah” ke Base Camp, Gunung K2. Kami diheret sekali untuk mendaki Bukit Margalla di Islamabad ini bersama-sama dengan beliau. Latihan intensif katanya.

[ 1 ] Pagi-Pagi Musim Dingin Ini Ada Pula Kambing-Kambing Yang Mengekori Kami | Pendakian Dari Perkampungan Nurpur to Chila Gah (Gua Imam Baru) | Taman Negara Margalla, Bukit Margalla | Pergunungan Himalaya | Musim Dingin 2012 | Islamabad, Pakistan | 11 02 2012 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Seronok juga dapat “hiking” pada musim sejuk sebegini. Badan tidaklah terlalu berpeluh. Hanya kulit terasa sedikit kering dan mengelupas. Tuan Shaiful Bahari Mahpar tiada dalam pendakian singkat ke Chila Gah pada kali ini ya. Demikianlah bermulanya sejarah pendakian di Bukit Margalla oleh kami hampir setiap hujung minggu. “The rest is history”. Penat juga sebenarnya. Musim dingin yang mencengkam. Cuaca kelam. Nak bangun pagi punyalah payah sekali. Kadang-kadang terasa seperti menyusahkan diri sendiri. Namun tatkala berada di puncak Bukit Margalla, terasa menang dan tenang.

[9 Video] Puncak Bukit Margalla Diselaputi Salji Setelah Enam Tahun! – Pir Sohawa Bermandi Salji Putih di Pagi Sabtu 7 Januari 2012

Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad.

Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla.

Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas.

Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.

Hujan yang tidak henti-henti di bumi Islamabad pada hari Khamis dan Jumaat memungkinkan untuk suhu turun dengan mendadak.

Salji sungguh tebal kali ini di Pergunungan Murree.

Jika Islamabad hujan, itulah tandanya Murree akan bersalji.

Suatu petua yang boleh digunapakai sehingga kini.

Murree telah bersalji seawal pada hari rabu lagi.

Justeru ketika hujan turun tanpa henti pada Jumaat, bolehlah dianggarkan yang salji akan turun dengan lebat di Murree pada hari Sabtu.

Namun saya tidak menyangka yang salji akan begitu lebat dan menjangkau ke Bukit Margalla pula.

Diberitakan yang salji telah lama tidak turun di puncak Bukit Margalla.

Kali terakhir hanya hujan batu yang turun mencurah-curah di bumi Islamabad pada 2006.

Hujan batu dan salji jauh bezanya ya.

Pesawat Airblue Membawa 152 Penumpang Terhempas di Bukit Margalla, Islamabad pada Pagi Hujan Rintik2 & Berkabus Tebal @ 28 Julai 2010 – Suatu Pengalaman Di Depan Mata, Catatan Yang Tragis, Sedih Bercampur Terkejut & Sesuatu Yang Akan Dikenang Sampai Bila-Bila Tatkala Mata Ini Melihat Bukit Margalla

aku rasa hingga kini, pasti ramai yang dah tahu pasal kejadian pesawat airblue yang membawa 152 penumpang yang terhempas di bukit margalla di islamabad rabu lepas. suatu peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri. mana mungkin aku lupakan kerana kawasan kejadian betul2 berlaku berhampiran dengan pejabat dan rumah aku di islamabad.

image source

kejadian tersebut amat menyedihkan semua warga islamabad, warga pakistan dan warga dunia amnya. pesawat malang airblue yang membawa 152 orang penumpang terhempas ke bukit margalla di pagi 28 julai 2010 tatkala cuaca hujan renyai2 dan berkabus di islamabad.

aku cuba nak mencatatkan sesuatu pada pagi rabu kejadian, namun terasa teramat terkejut, sedih dan tak mampu nak menaip pada masa tersebut. sekarang dah ada kekuataan sedikit. harus rasaya aku coretkan pengalaman aku menyaksikan sendiri dan mendengar pesawat malang itu melanggar bukit margalla pada pagi tersebut.

– – – – – – – –  – –

pada pagi rabu tersebut aku sampai awal ke pejabat. memang selalunya aku sampai awal pun. waktu bekerja adalah pada jam 9 pagi dan kebiasannya aku akan sampai 1/2 jam daripada biasa. pagi tersebut aku sampai pada 8.30 pagi. macam biasa setelah pemanduku meninggalkan aku di kaki lima bangunan razia sharif plaza, aku akan menapak ke lif utama. sempat juga aku menoleh ke langit yang mendung. hujan masih lagi renyai-renyai tatkala aku melangkah. titisan air hujan membasahi baju dan beg laptopku.