Category Archives: pakistan + blasts

Bomb Targets Peshawar Bus Station – Dawn.com

peshawar ni hampir setiap hari ada sahaja bom yang meletus

kalau dalam seminggu peshawar senyap-sunyi, bukanlah peshawar namanya

insiden pengeboman terbaru ni yang terbesar setakat 2012 ini. 23 orang sudah mati

Loading

Hari Raya Aidiladha di Malaysia, Ahad, 6 November 2011 | Eid-ul Azha di Pakistan, Isnin, 7 November 2011

Baru sebentar tadi Majlis Ulama di Pakistan telah bersepakat mengumumkan Eid-ul Azha di sini

Hari Raya Aidiladha di Pakistan jatuh pada Hari Isnin, 7 November 2011

Emmmmm lari sket la perancangan untuk bercuti kali ini, kalau Ahad bagus sket. hehe 🙂

– – – –  – – – – –

sumber di sini

The Central Ruet-i-Hilal Committee has sighted the Zil-Hajj moon, with the first of Zil-Hajj falling on Saturday October 29, and Eidul Azha to take place on Monday November seven.

Most gulf countries had their moon sighting yesterday (Thursday) and are due to celebrate Eidul Azha on November six.

With the date of Eid decided, it is expected that the prices of sacrificial animals would rise as people throng the cattle markets to purchase goats, cows, and camels.

Loading

Witness with Quatrina – Sebuah Rancangan Talk Show Yang Popular di Channel Express247 – Bercerita Tentang Banjir Besar Sindh 2011

Ini adalah antara rancangan talkshow yang selalu penulis lihat di Siaran TV Express247

Di Islamabad, hanya terdapat satu sahaja siaran berita TV tempatan yang berbahasa Inggeris, Express247. Di Pakistan terdapat lebih kurang 20 saluran berita tempatan, mereka memang gila siaran berita tv di sini. Manakan tidak dengan penduduk berjumlah 180 juta, mereka mendambakan saluran berita tv yang banyak!

Dahulu terdapat satu lagi Siaran TV yakni Dawn, namun bermula 2010 Dawn telah beralih kepada Bahasa Urdu sepenuhnya

Saksikan rancangan bual bicara Witness With Quatrina kali ini yang membawa kita menjelajah ke Wilayah Sindh yang teruk dilanda banjir pada kali ini.

Banjir besar kali ini diberi nama Banjir Sindh 2011 kerana hanya berlaku di kawasan Sindh, bermula di Bandi sehingga ke Mirpur Khas.

Loading

Dua Pengebom Berani Mati Meletupkan Diri Di Dua Tempat Berlainan Dalam Masa 1 Hari – Rumah SSP CID, Darakshan Area, KARACHI & CD Market, PESHAWAR !

Sedang penulis bersarapan pagi tadi, mata penulis terpaku seketika. Karachi kecoh dan bergegar lagi. Kali ini pengebom berani mati telah meletupkan diri dengan bahan letupan seberat 300kg. Pengebom berani mati merempuh rumah SSP CID Chaudry Aslam, berdekatan dengan Kadakshan di Karahi. Kejadian berlaku berhampiran Defence Housing Area (DHA) Fasa 7, sebuah kawasan perumahan yang dikawal ketat dan sepatutnya dianggap selamat di Karachi. Ramai rakyat Malaysia yang menghuni di DHA Phase 6 dan 5 juga.

Keadaaan yang sungguh kelam kabut dengan tangisan kanak-kanak, suara sanak-saudara yang telah mengecam mayat mangsa. Wartawan Siaran Express247 tidak putus-putus membawakan laporan rasmi dan terkini dari tempat kejadian. Suasana hiruk pikuk sekali. Karachi bergolak lagi. Setahu penulis, kali terakhir Karachi bergolak dek kerana pengebom berani mati ialah pada November 2010 di mana pengebom berani mati telah merempuh Balai Polis di Karachi. Letupan yang maha dahsyat kedengaran dan menyebabkan tingkap dan kaca pecah sehingga 5km jauhnya. Begitu hebat bom ciptaan manusia kini.

Dua Pengebom Berani Mati Meletupkan Diri di Makam Sakhi Sarwar, Dera Ghazi Khan Jam 9 Malam Tadi, 44 Terbunuh dan 120 Cedera – Insiden Ke-enam Serangan Ke Atas Makam Terkenal di Pakistan Semenjak 2007

Malam tadi jam 9 malam, sebuah lagi makam yang terkenal di Dera Ghazi Khan, Makam Sakhi Sarwar diserang oleh dua pengebom berani mati. Akibatnya lebih kurang 44 orang terbunuh dan lebih 120 orang cedera. Ini bukan kali pertama sebuah makam yang terkenal diserang di Pakistan. Ini adalah kali ke-enam! Makan Sakhi Sarwar ini menempatkan Ahli Sufi Ahmed Sultan.

Keratan akhbar online di atas menunjukkan pasukan polis menanggal jaket pengebom berani mati ke-tiga di Makam di Dera Ghazi Khan. Pasti ramai lagi nyawa yang melayang sekiranya pengebom berani mati ini berjaya meletupkan diri bersama-sama rakyat Pakistan yang berpusu-pusu menghadiri upacara memperingati ahli sufi di makam di Dera Ghazi Khan malam tadi.

Setiap tahun ramai rakyat Pakistan yang mengunjungi Makam beliau bagi memperingati hari kematian beliau. Hari peringatan Ahli Sufi di Pakistan juga dikenali sebagai Urs Day. Pada hari tersebut, anda akan dapat lihat rakyat Pakistan berbondong-bondong mengunjungi makam-makam seperti ini. Terdapat tiga makam yang amat popular di Karachi dan Lahore, juga Islamabad. Makam Data Darbar di Lahore (telah diserang tahun lepas, oleh pengebom berani mati berkembar) dan juga Makam Abdullah Shah Ghazi di Karachi (telah juga diserang tahun lepas).