Tag Archives: dinner lahore

[10 Gambar] Makan Malam di Restoran Butt Karahi Tikka @ Lakshmi Chowk | Lahore | Wilayah Punjab | Pakistan

Saya suka akan Lahore. Suatu kota yang indah. Kota lama yang penuh dengan sejarah.

Kalau tak melawat Lahore memang tak sah kunjungan kita ke Pakistan.

Bangunan-bangunan di sini juga penuh dengan seni. Semacam bangunan-bangunan di Agra, India.

Lahore terletak di dalam Wilayah Punjab, bersempadan dengan India.

Wilayah yang sama diperintah oleh Sultan Shah Jahan (sebelum dipisahkan selepas zaman British).

[ 1 ] Aziz Rana Asyik Memandang Ayam-Ayam Togel Bergantungan | Makan Malam Bersama Aziz Rana di Restoran Ayam Karahi Terbaik di Lahore | Restoran Butt Karahi Tikka | Musim Sejuk 2013 | Lakshmi Chowk | Lahore, Pakistan | 23 01 2014 (GAMBAR – KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kalau dah ramai penduduk di Lahore ini, mestilah ada kedai-kedai makan yang sedap-sedap kan.

Lahore sememangnya “melting pot” Pakistan. Bila ramai penduduk, maka banyaklah kedai makan.

Jujur saya katakan yang saya belum sempat menjelajah Lahore sepenuhnya.

4 tahun masa saya di Pakistan tidak cukup sebenarnya. Terlampau banyak tempat untuk dilawati.

Take it slow. Tak perlu terburu-buru. Travel dengan masa yang ada dan nikmati keindahannya.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya singgah ke Lahore.

Namun inilah kali pertama saya singgah untuk makan di Karahi Butt, di Kota Lama Lahore.