Category Archives: Jhelum

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

Kadang-Kadang Bila Keadaan Sudah Terdesak, Dan Kita Tiada Pilihan Lain, Kita Akan Berserah Kepada Yang Maha Esa Seadanya

*ini adalah catatan perjalanan sepenuhnya di dalam bahasa melayu,

tanpa dirojakkan dengan bahasa penjajah, yang kononya dikatakan sebagai bahasa seantero alam.

– – – – –

selepas melewati kota rohtas yang tersergam indah, hasil binaan sultan sher shah suri,

aku memberitahu pemanduku, seorang warga pakistan untuk segera beredar kerna kami sudah kesuntukan masa.

solat jumaat akan dilangsungkan pada pukul dua petang. ya di sini jika mahu solat di mana-mana masjid,

anda perlu tahu waktu sebenar masuknya waktu solat.

lain masjid lain waktu solatnya. jangan tanya aku kenapa kerana itu sudah lumrah di sini. terimalah seadanya.

kami menaiki kenderaan melewati kubu rohtas yang berdebu menuju ke jalan utama

perjalanan yang hanya 10km dirasaka begitu lama. manakan tidak, kerana hanya kereta kami sahaja yang ada di jalan ketika itu

di mana semua kereta menghilang?” getusku di dalam hati.

tak berani rasanya nak bertanya kepada pemanduku yang dilihat sedang memandu dengan berhati mengelak batu-batu di atas jalan.

dalam kepalaku sudah terbayang akan banyak perkara-perkara tidak diingini.

apa akan terjadi sekiranya kereta kami dihalang oleh konco-konco kampung di sini?

di mana kami akan bersembunyi dan meminta pertolongan, sedangkan signal telefon bimbitku umpama mati segan hidup tak mahu.

Googlemaps Islamabad ke Khewra Salt Mine

aku plan nak pergi ke khewra salt mine plak nanti

jarak dalam 3 jam perjalanan dari islamabad

googlemaps mcm kat bawah ni. hehe 🙂


View Directions to khewra salt mine in a larger map

Loading

Coretan Perjalanan Cuti-Cuti Pakistan (Live Melalui Facebook) – Dari Islamabad ke Rohtas Fort

hehe aku baru je kembali daripada cuti-cuti pakistan

menjengah ke kota bersejarah, kota rohtas yang dibina oleh sultan sher shah suri

aku letakkan dulu kesemua posting2 yang aku buat melalui facebook

malas la nak update blog secara live sebab masa tak mengizinkan

banyak sangat nak ditulisnya sampai x terupdate la blog nanti kan. hehe

kesemua catatan di bawah di post secara live di facebook dan diulang siar di sini untuk kenangan terindah

kita buat posting ala2 che det (bernombor) pula ya.

gambar nanti la aku upload ok. hehe 🙂

  1. rohtas fort mcm menarik utk dilawati. Hehe
  2. Rohtas Fort (Urdu: سPQ ہ روہ VWX Qila Rohtas) is a garrison fort built by the great Afghan king Sher Shah Suri. This fort is about 4 km in circumference and the first example of the successful amalgamation of Pukhtun and Hindu architecture in the Indian Subcontinent.
  3. islamabad mendung je pagi ni. Nampak mcm nak hujan. Harap2 hujan la kan. Hehe
  4. iklan zong ada di mana2 di area bandar rawat ni
  5. banyak plak tanaman sayuran seakan sawi di kiri jalan, rasa mcm nak bergambar plak ngan pemandangan yg menghijau ni