Tag Archives: badshahi masjid

[24 Photos] Chicken Tawa & Dinner at Coocos Den Cafe | Food Street at Fort Rd, Near Badshahi Masjid | Lahore, Punjab Province, Pakistan

Kalau anda singgah ke Lahore, jangan lepaskan peluang untuk makan-makan di Coocos Den Cafe. Coocos Den Cafe adalah di antara cafe yang paling terkenal di Lahore. Terletak di Jalan Fort. Kini ianya telah dikenali sebagai Food Street di Lahore. Bangunannya agak sukar untuk dicari. Sila tanya dengan penduduk tempatan arah ke sini. Tak tanya nanti rugi.

[ 1 ] Dinner Chicken Tawa at The Famous Cucoos Den Cafe | Food Street at Fort Rd, Near Badshahi Masjid | Spring 2013 | Old Lahore | Punjab Province, Pakistan | 20 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kebiasaannya saya akan singgah ke sini pada waktu malam. Menikmati makan malam. Parking kereta di bawah. Bersedialah untuk memanjat beberapa anak tangga yang sempit. Kedai makan terletak di tingkat 4 rasanya. Beberapa tingkat di bawah adalah ruang untuk pameran karya seni pemilik kedai dan beberapa artis tersohor di Lahore, Pakistan. Tercungap juga bila melangkah kaki ke kedai makan ini.

Saya selalu order chicken tawa. Ayam yang dibakar dengan rempah asli dan diletakkan sedikit lemon. Memang sedap di makan begitu sahaja. Namun saya juga ada order roti naan dan juga brain masala. Otak lembu yang dimasak ala-ala kari dengan rempah masala. Memang sedap. Makan pada waktu malam yang agak dingin.

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.