Tag Archives: spring is in the air

[9 Gambar] Musim Bunga Menjelma Lagi, Debunga Pokok Paper Mulberry Yang Menyesakkan Ruang Udara | Islamabad, Pakistan

Musim bunga telah kembali ke Islamabad Pakistan. Musim sejuk kali ini agak panjang. Kalau nak diikutkan sepatutnya pada awal bulan Mac, cuaca selalunya akan hujan dan tidak sejuk lagi. Namun tahun ini nampaknya musim sejuk agak panjang di Islamabad. Suhu pada waktu malam masih sejuk walaupun pada penghujung Mac 2013. Agaknya terkesan dengan perubahan suhu di kawasan Siberia agaknya. Di Eropah juga masih sejuk. Cold Spring katanya 🙂

[ 1 ] Bunga-bunga kecil berwarna-warni mula berkembang mekar di musim panas kali ini| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Cantik dedaunan pokok mulberi merah ni. Kalau boleh ulam kan bagus| Spring Is In The Air with the Red Paper Mulberries, Spring Flowers & Green Lawn | Spring 2013 | Islamabad, Pakistan | 07 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kehidupan di negara yang mempunyai empat musim sebegini memungkinkan untuk kita melihat pelbagai spesies bunga yang akan akan bertukar setiap 3 bulan sekali. Penat juga sebenarnya untuk menukar bunga-bunga di taman depan rumah. Bunga-bunga yang ditanam akan hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja. Kemudiannya perlu diganti dengan segera mengikut peredaran musim seterusnya.

[8 Photos] Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Spring 2012 | Perkampungan Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Pakistan adalah negara empat musim. Suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga ke -20’c terutamanya apabila berada di Bahagian Utara Pakistan. Bila ada empat musim, pastilah akan ada Musim Bunga. Musim Bunga di sini agak pendek tapi cantik sekali. Sepanjang empat tahun saya berada di Pakistan, inilah kali pertama saya berjaya merakamkan gambar-gambar keindahan Musim Bunga di Pakistan. Bak sakura cantiknya. Berikut adalah bunga-bunga pokok peach yang berwarna merah jambu dan bunga-bunga pokok pear hijau yang berwarna putih. Saya hanya perlu memandu selama dua jam sahaja untuk menikmati pemandangan sebegini. Pokok-pokok sebegini memang banyak di perkampungan Bhurban di Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa, Pakistan.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga-bunga indah ini memang agak singkat mekarnya. Kalau terlepas merakamkannya, alamatnya kenalah tunggu pada tahun hadapan pula. Di Pakistan yang mempunyai 4 musim, memang agak mudah untuk kita ketemu dengan suasana musim bunga yang indah terutamanya di sebelah Utara Pakistan. Saya memang bercita-cita untuk bercuti ke Utara Pakistan pada musim bunga di sekitar Mac-April setiap tahun. Namun masih lagi tidak berkesampaian nampaknya. Kadang-kadang masa yang mencemburui saya, kadang-kadang keadaan politik dan situasi semasa yang menggagalkannya.

[5 Photos] Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah | Spring 2012 | Nurpur Village | Islamabad, Pakistan

Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

[ 1 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012

Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.