Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

[ 1 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012
Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.
Kesemua gambar-gambar di dalam entri pada kali ini penulis ambil di perkampungan Nurpur berdekatan dengan Bari Imam. Petani di sini mengusahakan secara kecil-kecilan tanaman bebiji sawi ini. Kebiasaannya bunga dan daunnya dikerat untuk dijadikan makanan kepada haiwan-haiwan ternakan di sini. Di Chak Shahzad, tanaman secara komersial diusahakan. Penulis diberitahu bunga-bunga kuning bebiji sawi ini akan diproses untuk dijadikan minyak sayuran dan juga minyak rambut. Daunnya pula dijadikan hidangan sayur dan adakalanya diproses untuk dijadikan makanan haiwan ternakan.

[ 3 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Amacam?
Tergeliat tak tengkuk melihat gambar yang bersaiz mega di atas?
Sengaja penulis meletakkan gambar yang bersaiz sebenar di sini. Untuk tatapan anda dan supaya anda puas melihat sendiri akan suasana di ladang bebiji sawi ini. Oh terlupa! Bebiji sawi sini ditanam untuk memagari tanaman gandum. Gandum kini masih lagi kehijauan. Gandum-gandum di sini akan mula masak kena musim panas yang membahang pada bulan Mei nanti. Gandum adalah makanan ruji di Pakistan.

[ 4 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 5 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Anda pernah melihat tanaman bebiji sawi seperti di atas?
Sila kongsikan gambar anda di sini. Tinggalkan pautan di flickR atau di blog anda di ruangan komen di bawah. Kalau berkesempatan penulis akan menjenguk blog anda. Mari kita kongsikan kisah tanaman berbunga kuning bebiji sawi ini seantero dunia!

4 responses to “[5 Photos] Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah | Spring 2012 | Nurpur Village | Islamabad, Pakistan”