Musim bunga telah kembali ke Islamabad Pakistan. Musim sejuk kali ini agak panjang. Kalau nak diikutkan sepatutnya pada awal bulan Mac, cuaca selalunya akan hujan dan tidak sejuk lagi. Namun tahun ini nampaknya musim sejuk agak panjang di Islamabad. Suhu pada waktu malam masih sejuk walaupun pada penghujung Mac 2013. Agaknya terkesan dengan perubahan suhu di kawasan Siberia agaknya. Di Eropah juga masih sejuk. Cold Spring katanya 🙂
Kehidupan di negara yang mempunyai empat musim sebegini memungkinkan untuk kita melihat pelbagai spesies bunga yang akan akan bertukar setiap 3 bulan sekali. Penat juga sebenarnya untuk menukar bunga-bunga di taman depan rumah. Bunga-bunga yang ditanam akan hanya dapat bertahan selama beberapa bulan sahaja. Kemudiannya perlu diganti dengan segera mengikut peredaran musim seterusnya.