Tag Archives: pakistan tourism

[10 Photos] Dusty & Cold Autumn Morning | Autumn 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super F-7 | Islamabad, Pakistan

Ini adalah pemandangan biasa berhampiran dengan kediaman saya di Islamabad, Pakistan. Setiap kali Musim Luruh saya pasti akan merakamkan keindahan dedaunan yang mula bertukar warna dan akan gugur sebelum Musim Sejuk. Nampak cantik bila dipancar dengan cahaya matahari pagi sebegini. Peluang untuk bermaustatin di Islamabad perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Percaya atau tidak, saya langsung tidak perasan dan endahkan keindahan pokok-pokok Chinese Tallow ini pada 2010. Hanya setelah setahun hidup di sini baru saya perasan yang pokok-pokok di sini begitu indah sekali pada Musim Luruh.

[ 1 ] Chinese Tallow Trees Leaves in Splash of Colours During Autumn Season & Early Winter | Marvi Rd, Near Jinnah Super F7 | Islamabad, Pakistan | 01 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok ini amatlah indah apabila disinari dengan matahari pagi.  Di Pakistan ketika musim panas atau ketika awal musim luruh, matahari akan menjelma seawal jam 5 pagi. Jam 6 pagi dah terang benderang dan panas. Jam 9 pagi amatlah terik panasnya. Saya selalu juga berlegar-legar di kawasan Marvi Road ini untuk mengambil gambar pokok Chinese Tallow kegemaran saya ini. Memang keindahan dedaunnya tidak pernah mengecewakan saya sama sekali. Saya selalu berpuas hati dengan hasil gambar yang telah saya hasilkan dengan pokok-pokok indah ciptaan Ilahi ini.

[13 Photos] Suhu Kini Adalah 9’c Di Malam Hari, Permulaan Bagi Musim Luruh Di Islamabad | Winter 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan

Suhu kini semakin sejuk di Islamabad. Ianya telah mencecah kepada 9’c pada malam tadi. Saya jangkakan esok akan hujan. Mutiara akan membasahi bumi ajnabi ini sekali lagi. Hujan yang dinantikan oleh semua warga Islamabad. Saya pun dah lupa bila kali terakhir hujan turun di sini. Musim Luruh dan Musim Dingin adalah musim yang saya nanti-nantikan di Islamabad. Musim Dingin yang tidak terlalu sejuk adalah syurga sebenarnya. Tapi jika terlalu sejuk, memang tidak boleh bebas bergeraklah jawabnya. Setiap hati terpaksa memakai baju tebal. Kadang-kadang perlu memakai sarung tangan, jika tidak tangan akan terasa kebas bila keluar pada waktu malam. Rimas  juga sebenarnya ya.

[ 1 ] Pre-Autumn Leaves | Pokok Akar Dani | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[1 Photo] Yummilicious Red Apricots of Skardu Valley | Summer 2012 | Kachura Lake, Shangrila Skardu | Gilgit-Baltistan, Pakistan

These juicy red apricots are yours when you check-in at the Shangrila (Heaven on Earth) Hotel at the Lower Katchura Lake, Skardu. No words can describe how fortunate I am to taste these fruits. Apricots are like gold in this Baltitan Region (Little Tibet). Apricots are everywhere. Apricots are like Bananas in Malaysia. You can find every house with their own apricot trees. The Balti People even dried these apricots and make apricot soups in winter!

[ 1 ] Red Apricots of Skardu Valley | Summer 2012 | Shangrila Skardu Orchard | Near Lower Kachura Lake | Skardu Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 23 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Loading

[11 Photos] Pemandangan di Sekitar Tasik Saiful Mulook | Summer 2012 | Naran, Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Perjalanan dari Islamabad ke Bandar Naran mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Di waktu puncak ketima Musim Panas, perjalanan akan lebih lama disebabkan oleh banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Bandar Naran. Bandarnya kecil sahaja. Namun cantik dek kerana berada di altitud yang tnggi. Suasananya amat nyaman. Bandar ini akan dilitupi salji sepenuhnya pada Musim Sejuk setiap tahun. Jalan-jalan akan terus ditutup. Dari Bandar Naran anda perlu menaiki jeep usang (tapi bertenaga) naik ke Tasik Saiful Mulook. Perjalanan dengan jeep ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Bukan masa yang difikirkan tapi perjalanan umpama menaiki kerusi Ogawa ++ yang dikisahkan.

[ 1 ] Airnya Sungguh Sejuk, Air Glacier Yang Mencair | Jheel (Lake) Saiful Mulook Facing Malika Parbat Mountain | 3,224m | Summer 2012 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 24 06 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[5 Photos] Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe 🙂 Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Musim Bunga di Islamabad agak panas. Tidak seperti di Eropah di mana suhunya adalah sekitar 20-25’c sahaja. Di sini suhunya lebih daripada itu. Kadang-kadang saya keliru samada ini adalah Musim Bunga ataupun Musim Panas. Musim Panas yang berlengas. Musim panas yang menyakitkan kepala jika tidak bertopi apabila berada di luar rumah.

[ 1 ] Roses Are Blooming, Spring Is In The Air | Spring 2012 | Rose & Jasmine Garden | Islamabad, Pakistan | 21 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Namun musim panas juga membawa kebaikkan di bumi Pakistan ini. Musim panas menjanjikan musim mangga yang amat manis. Mangga Pakistan memang terkenal dengan kemanisannya. Musim panas juga akan membawa kita kepada bunga-bunga ros yang besar, cantik dan berwarna-warni sekali. Memang Pakistan terkenal dengan bunga ros dan mawar. Di Islamabad ada Rose & Jasmin Garden nya yang tersendiri. Di sini pelbagai spesis ros dan warna ditanam. Bunga-bunga di sini akan hanya berbunga setahun sekali sahaja yakni pada musim bunga dan musim panas sahaja. Jika anda terlepas untuk menikmati keindahan bunga-bunga ini tahun ini, sila tunggu dengan sabar sehingga pada tahun hadapan ya.