Nak tahu apa makanan semasa sarapan pagi yang paling popular di Pakistan ?
Inilah dia makan pagi yang paling popular, dimulakan dengan halwa puri. Halwa puri adalah roti puri yang dimakan dengan halwa lobak merah yang manis. Di tangga ke-2 ialah roti pharata. Roti ini biasa juga terdapat di Malaysia. Roti pharata enak dimakan begitu sahaja. Sedap juga jika dimakan dengan omellette (telur dadar). Roti naan juga popular di waktu pagi. Kadang-kadang dimakan dengan beef nihari (kari daging lembu). Kesemua hidangan di atas tidak sah jika tidak dimakan sambil minum doothpati chai (teh susu) yang terkenal di Pakistan. Saya paparkan dahulu gambar-gambar hidangan sarapan pagi yang terkenal di Pakistan ini dahulu. Ceritanya akan menyusul kemudian.

[ 1 ] Street Hawker Selling Halwa Puri for Breakfast | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Penjual ini sedang menimbang halwa. Halwa diperbuat daripada lobak merah yang dicampur dengan gula pasir dan beberapa rempah. Sedap halwa ni. Lagi sedap dimakan dengan roti puri. Roti yang seakan roti canai tapi lebih lembut rasanya. Hidangan yang selalu dimakan oleh rakyat tempatan di sini. Halwa puri ada dijual di mana-mana. Hanya ada dijual pada waktu sarapan pagi sahaja. Waktu lain tidak ada ya rakan-rakan.

[ 2 ] Tengah Menimbang Halwa Yang Berwarna Oren, Diperbuat Daripada Lobak Merah dan Gula, Roti Puri Tidak Kelihatan | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Tak Ingat Pula Berapa Harga Halwa Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Chai Walla atau Penjual Chai, Sedap Doothpati Chai atau Teh Susu Kerbau Dia Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Ini adalah antara Chai Walla yang menjual Doothpati Chai yang paling sedap saya pernah rasa dan jumpa. Sedap sebab Chai Walla ni menggunakan susu segar dari kerbau di kampungnya. Susu kerbau dipanaskan dengan api yang perlahan. Kemudiannya dicampur dengan serbuk teh. Tanpa gula pun doothpati chai ni dah enak rasanya. Memang sedap dapat menikmati doothpati chai di sini.

[ 5 ] Susu Kerbau Asli Ni Tau! | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Tu Dia Seperiuk Besar Susu Kerbau Nak Buat Doothpati Chai | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 7 ] The Making of Doodthpati Chai | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Puas Hati Pelanggan Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Suasana Semasa Penjual Menjual Buah Masing-Masing Dalam Kotak | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Pemandangan biasa di Sabzi Mandi. Sabzi merujuk kepada sayur-sayuran di pasar ini. Namun begitu terdapat juga penjual yang menjual buah-buahan di sini. Semuanya dijual dengan harga borong. Terpekik terlolong mereka ini cuba menarik perhatian pembeli. Agak lucu juga sebenarnya apabila melihat telatah dan gelagat mereka ini. Saya selalu singgah di sini sebab bagi saya di sini adalah syurga dunia bagi street photographer. Banyak aksi, telatah dan senyuman yang boleh dirakamkan di sini. Rata-rata rakyat tempatan sukakan kamera. Mereka akan berposing dengan pelbagai aksi dan ragam. Kemudian seboleh-bolehnya mahu melihat gambar mereka di view screen saya. Saya layankan saja!

[ 10 ] Yes! Ada La Kedai Jual Pharata Kat Sini | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Nampak Macam Roti Bom Besar Je Kan | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Roti pharata yang sedap dan garing ni ada di kedai berdekatan dengan Sabzi Mandi I10. Memang sedap. Saya siap tapau atau bungkus sekali, sedap nak makan bersama dengan sambal ikan bilis di rumah nanti. Menyesal tak bawa sambal ikan bilis tersebut siap-siap pagi tadi. Kalau tidak pasti best dapat menjamah roti pharata dengan sambal ikan bilis pedas. Sambil minum doothpati chai pula tu!

[ 12 ] Puas Saya Minta Dia Ni Pecahkan Telur & Buat Roti Telur, Dia Tak Nak Juga 🙁 | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 13 ] Memang Rangup Pharata Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Dah Tak Sabar-Sabar Nak Makan Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 15 ] Wahhhhh Pakai Pengetip La | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Cantik Kan Pharata Yang Telah Diuli Semalaman | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 17 ] Ramai Tu Pelanggan Pagi Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Kita Jenguk Pula Pembuat Roti Naan | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 19 ] Roti Naan Lebih Kecil dan Mudah Di Bentuk | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Satu lagi roti yang terkenal di sini ialah roti naan. Roti naan jenis ini di Malaysia pun ada ni. Namun di sini lebih sedap. Mungkin sebab gandum ditanam dan dikisar di sini agaknya kan. Tandoor pun ada di sini. Memang panas dek kerana haba dari tandoor tersebut. Roti naan pun sedap. Tanpa minyak, sungguh menyihatkan. Kalau boleh nak makan panas-panas dengan cecah nihari kaki kambing.

[ 20 ] Fluffy Je Kan Adunan Roti Naan Ni | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 21 ] Kita Uli Dulu Adunan Ni Sebelum Tepek Bekas Naan | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 22 ] Eh Ada Organisma La Kat Situ | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 23 ] Tekap Jangan Tak Tekap Bhai-jan ! | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 24 ] Doothpati Chai Sedia Terhidang | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 25 ] Roti Naan Panas-Panas Dimakan Dengan Nihari | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
Pemandu saya Shaheen Akhtar lebih gemarkan roti naan dicecah dengan nihari kaki kambing. Sungguh lazat dan boleh mengembalikan tenaga katanya girang. Selalu juga saya keluar makan pagi bersama pemandu saya. Beginilah cara saya menghabiskan masa yang banyak terluang di hujung minggu di Islamabad ini. Jika anda singgah ke Islamabad, jangan lupa untuk singgah di Sabzi Mandi dan menikmati sarapan pagi yang sihat dengan roti naan dan pharata. Jangan lupa minum teh susu kerbau atau doothpati chai yang enak dihidangkan panas-panas. Street Food For the Win!

[ 26 ] Doothpati Chai Panas-Panas | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 27 ] Teko Hijau Nak Letak Doothpati Chai | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 28 ] Dah Masak Kena Tapis La Dulu Sebelum Dihidangkan | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)
