Category Archives: Sabzi Mandi

[28 Gambar] Breakfast Halwa Puri, Roti Pharata, Roti Naan & Doothpati Chai | Sabzi Mandi (Vegetable Market), Near METRO, Sector I10 | Spring 2011 | Islamabad, Pakistan

Nak tahu apa makanan semasa sarapan pagi yang paling popular di Pakistan ?

Inilah dia makan pagi yang paling popular, dimulakan dengan halwa puri. Halwa puri adalah roti puri yang dimakan dengan halwa lobak merah yang manis. Di tangga ke-2 ialah roti pharata. Roti ini biasa juga terdapat di Malaysia. Roti pharata enak dimakan begitu sahaja. Sedap juga jika dimakan dengan omellette (telur dadar). Roti naan juga popular di waktu pagi. Kadang-kadang dimakan dengan beef nihari (kari daging lembu). Kesemua hidangan di atas tidak sah jika tidak dimakan sambil minum doothpati chai (teh susu) yang terkenal di Pakistan. Saya paparkan dahulu gambar-gambar hidangan sarapan pagi yang terkenal di Pakistan ini dahulu. Ceritanya akan menyusul kemudian.

[ 1 ] Street Hawker Selling Halwa Puri for Breakfast | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Penjual ini sedang menimbang halwa. Halwa diperbuat daripada lobak merah yang dicampur dengan gula pasir dan beberapa rempah. Sedap halwa ni. Lagi sedap dimakan dengan roti puri. Roti yang seakan roti canai tapi lebih lembut rasanya. Hidangan yang selalu dimakan oleh rakyat tempatan di sini. Halwa puri ada dijual di mana-mana. Hanya ada dijual pada waktu sarapan pagi sahaja. Waktu lain tidak ada ya rakan-rakan.

[18 Photos] Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan | Spring 2012 | Aghan Camp, Near METRO I10 | Islamabad, Pakistan

Pada pertengahan tahun lepas saya telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini. namun keadaan yang daif ini tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk bermain dah menghiburkan hati masin-masing.

[ 1 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka menyaksikan seorang asing seperti saya yang tidak boleh berbahasa Urdu atau Pashto seperti mereka. Entah mengapa bagi saya, memang sedap mendengarkan mereka bertutur di dalam Bahasa Pashto ini.