Pada pertengahan tahun lepas saya telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini. namun keadaan yang daif ini tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk bermain dah menghiburkan hati masin-masing.
Saya sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka menyaksikan seorang asing seperti saya yang tidak boleh berbahasa Urdu atau Pashto seperti mereka. Entah mengapa bagi saya, memang sedap mendengarkan mereka bertutur di dalam Bahasa Pashto ini.