Tag Archives: street food

[9 Photos] Chicken Corn Soup | Street Food | Autumn 2011 | Mall Road, Murree | Pakistan

Sup Ayam Jagung atau “Chicken Corn Soup”. Sedap dimakan atau dihirup di Mall Road, Murree.

Kunjungan saya ke Mall Road pasti tidak akan sah jika tidak singgah ke kedai “Chicken Corn Soup” yang satu ini.

Kedainya agak “simple” sahaja.

Tiada dapur panas yang kompleks.

Sumpah! Memang sedap “Chicken Corn Soup” di sini.

Ditambah dengan cili hijau potong yang pedas. Letak kicap sedikit.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan ketika Musim Luruh 2011 ini.

[ 1 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Gerai makan “Chicken Corn Soup” ini dipunyai oleh seorang lelaki Pakistan yang berasal dari Baltistan.

Beliau memang selalu berniaga di sini. Saya terlupa nak ambil namanya.

Mungkin dek kerana terlalu lapar.

Terlahap dan terlupa bertanyakan namanya. Mungkin pemandu saya boleh ingat namanya.

Kemudianlah saya tanya akan bekas pemandu saya nanti.

Biasanya semasa Musim Luruh atau Musim Sejuk, saya dan rakan-rakan di Islamabad akan singgah ke Mall Road untuk bermain salji.

Selalu jugalah kami singgah ke gerai makan ini.

[8 Photos] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun! Inilah Cendol Klang (Since 1972) | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia

Cendol Klang. Dulunya hanya di tepi jalan di Jalan Nanas Klang. Kini telah ada kedai sendiri di Jalan Nanas. Kedainya simple tapi bersih. Cendol diniagakan di bahagian hadapan kedai. Mangkuk aluminium yang sejuk. Kena pula ketika cahaya terik matahari. Dapat pula cendol pulut istimewa ni. Tiada kata secantik bahasa. Nak ku ungkapkan akan kesedapannya.

[ 1 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Malas nak cakap banyak.

Kita layankan sahaja gambar-gambar di bawah ya.

[ 2 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[28 Gambar] Breakfast Halwa Puri, Roti Pharata, Roti Naan & Doothpati Chai | Sabzi Mandi (Vegetable Market), Near METRO, Sector I10 | Spring 2011 | Islamabad, Pakistan

Nak tahu apa makanan semasa sarapan pagi yang paling popular di Pakistan ?

Inilah dia makan pagi yang paling popular, dimulakan dengan halwa puri. Halwa puri adalah roti puri yang dimakan dengan halwa lobak merah yang manis. Di tangga ke-2 ialah roti pharata. Roti ini biasa juga terdapat di Malaysia. Roti pharata enak dimakan begitu sahaja. Sedap juga jika dimakan dengan omellette (telur dadar). Roti naan juga popular di waktu pagi. Kadang-kadang dimakan dengan beef nihari (kari daging lembu). Kesemua hidangan di atas tidak sah jika tidak dimakan sambil minum doothpati chai (teh susu) yang terkenal di Pakistan. Saya paparkan dahulu gambar-gambar hidangan sarapan pagi yang terkenal di Pakistan ini dahulu. Ceritanya akan menyusul kemudian.

[ 1 ] Street Hawker Selling Halwa Puri for Breakfast | Daily Life at the Vegetable & Fruit Market or Sabzi Mandi | spring 2011 | Near I10 & Metro, Islamabad, Pakistan | 23 03 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Penjual ini sedang menimbang halwa. Halwa diperbuat daripada lobak merah yang dicampur dengan gula pasir dan beberapa rempah. Sedap halwa ni. Lagi sedap dimakan dengan roti puri. Roti yang seakan roti canai tapi lebih lembut rasanya. Hidangan yang selalu dimakan oleh rakyat tempatan di sini. Halwa puri ada dijual di mana-mana. Hanya ada dijual pada waktu sarapan pagi sahaja. Waktu lain tidak ada ya rakan-rakan.