Tag Archives: nightlife

[9 Photos] Chicken Corn Soup | Street Food | Autumn 2011 | Mall Road, Murree | Pakistan

Sup Ayam Jagung atau “Chicken Corn Soup”. Sedap dimakan atau dihirup di Mall Road, Murree.

Kunjungan saya ke Mall Road pasti tidak akan sah jika tidak singgah ke kedai “Chicken Corn Soup” yang satu ini.

Kedainya agak “simple” sahaja.

Tiada dapur panas yang kompleks.

Sumpah! Memang sedap “Chicken Corn Soup” di sini.

Ditambah dengan cili hijau potong yang pedas. Letak kicap sedikit.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan ketika Musim Luruh 2011 ini.

[ 1 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Gerai makan “Chicken Corn Soup” ini dipunyai oleh seorang lelaki Pakistan yang berasal dari Baltistan.

Beliau memang selalu berniaga di sini. Saya terlupa nak ambil namanya.

Mungkin dek kerana terlalu lapar.

Terlahap dan terlupa bertanyakan namanya. Mungkin pemandu saya boleh ingat namanya.

Kemudianlah saya tanya akan bekas pemandu saya nanti.

Biasanya semasa Musim Luruh atau Musim Sejuk, saya dan rakan-rakan di Islamabad akan singgah ke Mall Road untuk bermain salji.

Selalu jugalah kami singgah ke gerai makan ini.