Category Archives: Selangor

[5 Photos] Mee Ketam KL | Besaaaaaqnyaaaaa Ketam Ni! | Belakang UNISEL | Shah Alam | Selangor Darul Ehsan | Malaysia

Dah lama sebenarnya tahu pasal Mee Ketam KL ni. Tak berkesempatan nak singgah. Duduk Shah Alam dah dekat setahun. Sekarang barulah terfikir nak cari kat manalah Mee Ketam KL ni. Sekali scan, terus keluar dalam Google Search. Senang je sebenarnya nak cari kedai ni. Belakang UNISEL Seksyen 7 Shah Alam.

[ 1 ] Besaqnya Ketam Nipah Ni Ceq Ooooooi | Mee Ketam KL | Belakang UNISEL | iPhoneography | Seksyen 7 | Shah Alam | Selangor Darul Ehsan | Malaysia | 27 02 2015 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kali ini punyalah lapar sampai terlupa nak ambil gambar kedai ni. Suasana agak panas. Kena datang awal. nanti tiada kerusi nak duduk. Kami pesan Mee Ketam Kari. Pastinya ketam nipah. Ketamnya memang ketam segar. Besar saiz ketamnya. Penuh mangkuk. Kena selak ketam cari mee. Sungguh sedap tak terkata. Siapa-siapa lalu pasti tak perasan punya.

Lepas ni nak cuba pula nasi goreng ketam. Eh ada ke? Atau mee goreng ketam. Mestilah lagi sedap nanti. Disulam pula dengan ABC special. Perghhhhhhhhhhh terus pengsan la jawabnya nanti. Lama juga nak meratah ketam-ketam yang besar ni. Warna merah menawan. Hati tertawan.

[11 Photos] Menikmati Mentarang Bakar, Kupang Bakar, Sup Belut & Kangkung Belacan | Faridah Mentarang Bakar | Sekinchan | Selangor Darul Ehsan | Malaysia

Dah lama rasanya tak buat impromtu jalan-jalan cari makan. Lepas singgah Pasar Seksyen 6, tetiba terasa nak singgah ke James Cendol yang terkenal di Teluk Intan (cerita lain). Terus balik rumah, tinggalkan bahan-bahan basah, kemudian terus menuju ke Teluk Intan. Di dalam perjalanan “tersinggah” ke “Faridah Mentarang Bakar” yang terkenal di Sekinchan ini. Memang senang nak jumpa. Nama kedai sungguh jelas di bahu jalan.

[ 1 ] Menikmati Mentarang Bakar, Kupang Bakar, Sup Belut dan Kangkung Belacan di Faridah Mentarang Bakar | Sekinchan, Selangor Darul Ehsan | Malaysia | 07 03 2015 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sekarang ini memang tengah musim mentarang. Sedap mentarang ni bila dah dibakar. Juicy dah gooey! Memang lagi sedap daripada tiram ya. Best makan dengan nasi putih. Disulami pula dengan sup belut. Belut agak kecil tapi sedap. Sempat berborak dengan Puan Faridah, empunya kedai Faridah Menterang Bakar ni. Mentarang boleh didapati di Pantar Remis. Mentarang memang sensitif. Kupang pun sedap. Tapi kupang agak kering bila dah dibakar.

Mentarang cecah dengan cili memang sedap! Kedai ni senang nak jumpa. Tanya penduduk di sekitar Sekinchan ini. Mesti jumpa punya. Memang terasa nak singgah lagi. Mungkin nak cuba pula Nasi Goreng Mentarang. Sambil hirup sup belut kali kedua! Hehehe 🙂

[8 Photos] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun! Inilah Cendol Klang (Since 1972) | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia

Cendol Klang. Dulunya hanya di tepi jalan di Jalan Nanas Klang. Kini telah ada kedai sendiri di Jalan Nanas. Kedainya simple tapi bersih. Cendol diniagakan di bahagian hadapan kedai. Mangkuk aluminium yang sejuk. Kena pula ketika cahaya terik matahari. Dapat pula cendol pulut istimewa ni. Tiada kata secantik bahasa. Nak ku ungkapkan akan kesedapannya.

[ 1 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Malas nak cakap banyak.

Kita layankan sahaja gambar-gambar di bawah ya.

[ 2 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Wedding Reception Highlights – Nizam & Erlena – Shah Alam, Selangor (12 Feb 2011) & Jasin, Melaka (19 Feb 2011)

azrul from pencerita.net just uploaded this wedding highlights

thanks azrul & team of pencerita.net. lawa la video hang buat, i loike!

video ni akan ditayang kepada hadirin semasa wedding reception di islamabad pada 12 march 2011 nanti

Loading