Category Archives: Karakoram Highway

[14 Photos] Full Itinerary, Semua Dah Sedia & Let The Journey Begins ! | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 1

Akhirnya setelah hampir setahun berlalu, saya kini berani untuk mencoretkan pengalaman saya dan beberapa rakan senegara yang bekerja di Pakistan berkelana ke bumi Utara Pakistan. Kami berkelana pada bulan Jun 2013. Telah setahun berlalu. Banyak kenangan manis dan pahit yang kami lalui. Kesemuanya tersemat di hati, bakal jadi sejarah dalam diri. Saya akan cuba sedaya upaya untuk merakamkan kenangan kami semua berkelana secara terperinci dan menarik. Banyak gambar-gambar dan video yang telah dirakamkan untuk tatapan generasi masa hadapan.

[ 1 ]  Toyota Fortuner dan Toyota Prado Cruiser (di belakang) Siap Sedia Untuk Bertolak ke Abbottabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kebanyakkan dari gambar dirakam oleh saya menggunakan kamera DSLR Canon 5DMII dan juga kamera telefon bimbit iPhone 5. ada juga gambar-gambar yang dirakam oleh rakan saya, Syazwan Othman dengan menggunakan kamera DSLR beliau. Biarlah gambar-gambar kenangan terindah ini berbicara dengan sendirinya.

Full Itinerary – Northern Pakistan Trip 2013

19 06 2013 = Day 1 – Overland from Islamabad to Chilas.

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[7 Gambar] Makan Tengahari di Rumah Pakcik Kepada Ali Goha di Mansehra | Autumn 2010 | Mansehra, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Setibanya kami di bandar Mansehra, kami menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang wargakerja Petronas di Islamabad, Ali Goha. Warganegara Malaysia namun terdapat unsur-unsur Pakistan pada nama beliau. Beliau berkehendakkan kami singgah di rumah pakcik beliau di Mansehra. Mungkin perlu makan tengahari sekali di kampung beliau. Ini bukan kali pertama saya singgah ke kampung beliau. Ini adalah kali kedua sebenarnya. Kali pertama bersama dengan Ali Goha, Faizal & Nazim, kesemuanya adalah wargakerja Petronas Carigali Pakistan Pvt Ltd dan juga Adrian Zailan, pelajar Malaysia di Ayub Medical College Abbottabad.

[ 1 ] Pemandangan Dari Tingkat Atas Bumbung Rumah di Kampung Uncle Ali Goha | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kali pertama dulu kami singgah untuk makan malam, sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Namun kali ini saya singgah untuk makan tengahari. Pakcik kepada Ali Goha sempat berseloroh dengan saya mengatakan yang saya seperti tidak sudi untuk bermalam di kampungnya. Dia katakan jika kali ketiga saya singgah ke kampungnya, saya wajib untuk tidur bermalam. Pakcik tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal bersamanya. Salah seorang dijadualkan untuk pindah ke England untuk bergelar Akauntan di sana.

[8 Gambar] Menikmati Doothpati Chai (Peshawari Chai) Sambil Duduk Di Atas Charpoy (Katil) Pakistan | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Ini adalah pengalaman pertama saya merasai suasana musim luruh (secara penuh) di Pakistan. Saya bersama dengan dua lagi rakan warganegara Malaysia mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan di Utara Islamabad. Berbekalkan dengan buku Lonely Planet (Pakistan & Karakoram Highway), kami berempat (termasuk pemandu) menelusuri Lebuhraya Karakoram yang terkenal menuju ke destinasi. Kami perlu keluar dari Islamabad. Sudah terasa bosan berada di Islamabad sebenarnya. Perlu merehatkan minda di luar Islamabad. Destinasi kami kali ini adalah bandar Mansehra, Shinkiari dan Balakot.

[ 1 ] Pemandu Kami yang Sentiasa Sibuk Dengan Telefon Bimbitnya | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothapti Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 | (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Teh adalah minuman paling terkenal di Pakistan. Teh dikenali juga sebagai Chai (Urdu). Doothpati (Susu Kerbau) Chai adalah teh hitam yang dimasak dengan sedikit gula dan susu kerbau segar di dalam periuk. Kemudian ditapis dan dihidangkan panas-panas di dalam cawan. Jika dibiarkan seketika, permukaan Doothpati Chai akan ada sedikit warna coklat gelap. Memang sedap. Pakistan adalah di antara negara pengimport teh terbesar di dunia. Namun ironinya di Pakistan tiada ladang teh secara komersil seperti di Sri Lanka. Doothpati Chai juga dikenali sebagai Peshawari Chai. Mungkin namanya diambil bersempena dengan nama bandar Peshawar yang terletak di barat Islamabad.

[12 Photos] Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”.

Sudah lama sebenarnya saya ingin mengumpul, edit dan paparkan gambar-gambar destinasi percutian yang sungguh menarik dan amat berbaloi untuk dilawati di Pakistan. Sila abaikan apa yang anda tonton di televisyen anda. Gambar-gambar ini anda tidak akan dapat lihat di media massa utama di dunia seperti CNN atau BBC. Saya telah sampai kesemua destinasi di bawah. Penat dan puas mengambil gambar untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. Sesuai untuk dijadikan kalendar pada tahun 2014.

Saksikanlah keindahan alam ciptaan Ilahi ini !

[ 1 ] JANUARY – Lower Kachura Lake, Shangrila Skardu Resort | Pagoda Chinese-Tibetan Style Restaurant | Skardu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 22 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM).

Gambar yang pertama adalah tasik di resort yang terkenal di Wilayah Baltistan. Diberi nama sebagai Kachura Lake. Ianya menempatkan resort yang diberi nama Shangrila. Ini bukanlah rangkaian Shangrila hotel yang biasa kita ketemu di Kuala Lumpur. Tetapi ianya diambil daripada perkataan dalam Bahasa China. Shangrila bermaksud Heaven on Earth. Memang terasa seperti di syurga bila dapat ke sini. Kali pertama saya singgah di sini ialah pada June 2010. Saya begitu terpesona dengan keindahan dan kecantikan tasik ini dan kawasan sekelilingnya. Bilik-bilik di Shangrila Resort Skardu ini agak run-down dan sesuai untuk back-packers. Sila reserve bilik VVIP jika anda datang dengan family ya. Hot water hanya ada sekitar 2 jam pada waktu pagi dan 2 jam pada waktu petang/malam. Sila plan masa mandi/urusan bilik air anda sewajarnya.