Category Archives: Karakoram Highway

[8 Photos] Pemandangan Sawah Padi Beras Basmathi & Kereta Kabel Yang Menggerunkan | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 9

Pakistan memang terkenal dengan beras basmathi. Hampir susah untuk kita tidak terbeli beras basmathi di sini. Di mana-mana ada sahaja dijual beras basmathi. Hatta nasi goreng pun kebiasaannya akan dihidang atau dimasak dengan menggunakan beras basmathi. Berasnya agak panjang dah biasanya akan berupa seketul-ketul. beras basmathinya memang yang jenis gred A dan yang paling berkualiti. Berasnya dieksport ke serata dunia dan boleh didapati di mana-mana sahaja di dunia ini.

[ 1 ] Kelihatan Sawah Padi Basmathi Di Hujung Sana. Sungai Mengalir Deras. Platform Bridge! Selamat datang ke Battagram | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di atas adalah pemandangan di kawasan Battagram. Battagram memang terkenal dengan sawah padi beras basmathinya. Sawah padi di sebelah sungai yang mengalir di celahan belukar dan pokok-pokok yang menghijau. Musim menanam padi adalah ketika hampir kepada musim monsoon di antara bulan Julai dan September setiap tahun. Ingat nak singgah turun ke bawah nak tangkap gambar close-up padi-padi tersebut. Namun apakan daya, masa amat mencemburui kita. Hanya mampu tengok dari jauh sahaja.

KaghanValley-BabusarPass-Gilgit-HunzaValley 2011 @ Part 1 – Perjalanan Dari Bumi Islamabad ke Mansehra, Pagi Yang Damai Sekali & Melalui Bandar Abbottabad Yang Terkenal

Macam dah lama pula penulis tidak menulis berkenaan dengan travelog yang panjang-panjang kan. Gambar memang banyak. Perjalanan pun memang jauh dah menarik belaka. Cuma masa dan ketika yang tiada. Kadang-kadang rasa malas mencengkam jiwa. Susah sebenarnya untuk konsisten berblog berkenaan dengan perjalanan hidup ini sebenarnya.

Kali ini penulis bersama dengan isteri telah menjelajah ke bumi Utara Pakistan. Ini adalah kali kedua untuk penulis dan kali pertama untuk isteri penulis. Kami bertolak dari Islamabad pada Hari Raya ke-3 yakni Hari Jumaat. Trip kali ini telah dirancang dengan lamanya selama lebih kurang 2-3 bulan sebelum tarikh bertolak. Kami pergi ke Utara Pakistan dengan menaiki Prado yang sama seperti tahun lepas, dan lebih menarik dipandu oleh pemandu yang sama seperti pada Julai 2010 lalu.

Penulis tidak sanggup untuk mengambil risiko untuk bertukar kenderaan malah bertukar pemandu. Bagi kami, pemandu pada tahun lepas cukup bagus dan tahu akan kehendak kami ketika dalam perjalanan. Nantilah kalau ada masa, penulis akan berbicara tentang tips memilih pemandu jika mahu berkelana di bumi Pakistan ini ya.

10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

ramai orang suka pergi jalan-jalan

tak kiralah jalan-jalan cari makan ke, jalan-jalan melancong

ramai orang ingat jalan-jalan ni memerlukan banyak wang ringgit

sebab itu tak ramai yang nak jalan-jalan aka travel

ramai orang suka ambil gambar

tapi tak ramai yang suka dengan gambar sendiri (setelah pulang dari jalan-jalan)

ramai orang suka tengok gambar jalan-jalan orang lain

tapi tak ramai orang yang berusaha lebih sedikit untuk mengambil gambar (macam orang lain di atas)

justeru. meh sini aku bagi 10 tips nak ambil gambar travel

tidak. aku travel tak pakai dSLR. aku hanya ada iPhone4 dan digicam Sony sahaja

kadang-kadang ianya bukan sebab kamera, tapi sebab tangan yang memegang kamera ya. hehe 🙂

1. ambil gambar dari angle semut merah – korang pernah tengok semut? kecil je kan. kalau biasanya kita snap pic dengan tangan ke atas, cuba kali ni amik digicam. turunkan sket, nak meniarap pun ok. pastu snap gambar dari level semut. level rumput pun ok. gambar bangunan akan jadi lebih besar. gambar yang tinggi lutut je akan jadi seperti gergasi. memang bukan level mata kasar. gambar korang pasti akan dabomb!

Fuhhhhh Lega! Nasib Baik Aku Dah Balik From Northern Pakistan Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai, Else Tersangkut Kat Sana Sebab Karakoram Highway Rosak Teruk Wooooo

nasib baik la aku sempat balik last week. dah seminggu rupanya aku balik from trip northern pakistan ni

lepas aku balik je islamabad dilanda banjir kilat. ingatkan kat islamabad sahaja, sekali rawalpindi lagi teruk

chasma river dah mengganas memuntahkan airnya yang berlebihan. hehe

sekali check news utara pakistan terutamanya area swat valley, mingora dan kalam lagilah teruk kali ni

karakoram highway pun banyak yang musnah. nasib baik aku sempat balik. else kena pakai army heli la plak

kecoh satu malaya kalau aku stranded kat sana nanti kan. hehe

– – – – –  —  –

jom kita check news pasal banjir kali ni yang melanda karakoram highway.

mmg banyak jalan2 tu la yg aku lalu hari tu tau

Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai + Northern Pakistan Travel Series | Part 1 | Islamabad ke Abbotabad, Dinner Chicken Tikka & Ayam Togel Bergantungan

dah genap seminggu aku balik dari utara pakistan. aku bernasib baik sebab dapat balik awal.

kalau tidak boleh tersangkut di dalam banjir monsoon yang tengah melanda pakistan sekarang ini.

memang best travel ke sana. betullah apa yang mereka selalu cakap (terutamanya di internet), travelling ke utara pakistan menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

bercakap pasal karakoram highway sahaja, maunyer tak habis blog post aku dibuatnya.

aku akan cuba catatkan seberapa detail berkenaan perjalanan kali ini. aku akan cuba cover sebanyak mungkin tempat, masa dan manusia dalam coretan perjalanan kali ini.

susah rupanya nak buat travel series yang serius. bukan calang-calang orang yang boleh buat travel series yang boleh bermanfaat kepada orang lain kan. hehe 🙂

perjalanan kali ni memang cukup mencabara sebab ia akan melalui perjalanan sejauh lebih kurang 2,000 km merentasi jalan merbahaya seperti karakoram highway.

serius aku cakap, sebelum aku singgah ke karakoram highway ni aku ingat karakoram highway ni macam jalan ke naran/kaghan valley dulu (masa nak ke saiful-muluk jheel).

sekali lagi teruk rupanya jalannya tau !

– – – – – – – – – –