Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai + Northern Pakistan Travel Series | Part 1 | Islamabad ke Abbotabad, Dinner Chicken Tikka & Ayam Togel Bergantungan

dah genap seminggu aku balik dari utara pakistan. aku bernasib baik sebab dapat balik awal.

kalau tidak boleh tersangkut di dalam banjir monsoon yang tengah melanda pakistan sekarang ini.

memang best travel ke sana. betullah apa yang mereka selalu cakap (terutamanya di internet), travelling ke utara pakistan menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

bercakap pasal karakoram highway sahaja, maunyer tak habis blog post aku dibuatnya.

aku akan cuba catatkan seberapa detail berkenaan perjalanan kali ini. aku akan cuba cover sebanyak mungkin tempat, masa dan manusia dalam coretan perjalanan kali ini.

susah rupanya nak buat travel series yang serius. bukan calang-calang orang yang boleh buat travel series yang boleh bermanfaat kepada orang lain kan. hehe 🙂

perjalanan kali ni memang cukup mencabara sebab ia akan melalui perjalanan sejauh lebih kurang 2,000 km merentasi jalan merbahaya seperti karakoram highway.

serius aku cakap, sebelum aku singgah ke karakoram highway ni aku ingat karakoram highway ni macam jalan ke naran/kaghan valley dulu (masa nak ke saiful-muluk jheel).

sekali lagi teruk rupanya jalannya tau !

– – – – – – – – – –

21 July 2010 @ 2030hrs | 1st Day | Perjalanan dari Islamabad ke Abbottabad | 142 km @ 2.5 hrs

perjalanan dari islamabad ke abbottabad, melalui motorway M1 dan karakoram highway bermula di hassan abdal

sepatutnya aku bertolak pada keesokkan harinya, yakni pada tepat jam 0500hrs hari khamis.

namun last minute, aku dapat panggilan telefon yang berkemungkinan akan terdapatnya transport strike di bandar abbottabad.

owh tak boleh jadi ni. kena bertolak malam ini juga.

untuk pengetahuan anda kalau ada transport strike di abbottabad, jawabnya aku kan terpaksa postpone trip pada kali ni.

mereka ni kalau ada transport strike and keluar di jalan-jalan raya. mereka akan berarak menuntut hak mereka di jalanraya.

bas dan teksi tidak dibenarkan melalui jalanraya. jalanraya ditutup sehingga beberapa jam.

mungkin juga transport strike ini berlarutan sampai 3 hari. suatu risiko yang perlu dijauhi kalau nak melalui karakoram highway.

aku akan terpaksa melalui bandar abbottabad untuk ke utara pakistan kerana abbottabad adalah suatu bandar di dalam rangkaian karakoram highway yang bermula di hassan abdal lagi.

tiada jalan alternatif yang mudah untuk dilalui sekiranya kami tersekat tidak dapat melalui abbottabad nanti.

justeru aku terus buat keputusan untuk bertolak pada malam rabu juga ke abbottabad.

at least aku dah jimat perjalanan selama 3 jam.

keesokkan harinya boleh terus masuk ke karakoram highway dah terus ke utara pakistan sahaja bersama member aku di ayub medical college di abbottabad.

perjalanan ke abbottabad bermula pada jam 2030hrs. aku kepenatan sebenarnya ketika ini

manakan tidak, habis kerja dalam pukul 2000hrs. bergegas balik ke rumah. satu habuk pun belum packing lagi masa ni

sebenarnya aku tak bersedia daripada segi mental untuk bertolak pada malam ini

aku target nak bertolak pada pagi esoknya. itu yang satu habuk pun tak packing lagi tuh. hehe 🙂

namun aku ambil masa dalam setengah jam sahaja untuk pack semua barang, harap-harap tiada yang tertinggal

paling penting ialah passport malaysia berwarna merah dan handphone dan charger sekali

balik sahaja ke rumah di sektor F-7/4, telah siap sedia prado land cruiser dengan pemandu sekali menunggu

wah ! sampai awal pula prado ni malam ni. baru je call minta datang pukul 0800hrs, terus sampai pukul 0745hrs

pemandu aku kali ini bernama ayaz, berusia 32 tahun. berasal dari abbottabad, hazara district, khyberpakhtunkhwa province

aku menyewa prado ini untuk perjalanan selama 5 hari bermula esok. nanti aku bagitahu kos kesemua sekali ya

tepat jam 2030hrs prado land cruiser 6 seater meluncur laju meninggalkan bumi islamabad menuju ke motorway M1

toll booth di M1, lupa di mana exact locationnya

ayaz memandu dengan laju tapi berhemah. aku pula sibuk nak charge iPhone 3Gs ku di dalam prado tersebut

ayaz bagitahu yang perjalanan dari islamabad ke abbottabad biasanya mengambil masa 3 jam

namun dia akan cuba untuk bawa kami ke sana dalam masa 2.5 jam sahaja, trafik pada waktu malam agak kurang katanya.

sementara ayaz fokus kepada pemanduannya, aku pula sibuk mentelaah buku pakistam & the karakoram highway oleh lonely planet

aku belum habis baca lagi buku ini sebenarnya. tu yang terhegeh-hegeh mahu membaca dalam perjalanan

harap-harap kesemua perjalanan berjalan dengan teratur. kami telah ada banyak masalah sebenarnya

cukuplah masalah yang ada. by hook or by crook, aku mesti sampai juga ke northern pakistan kali ini.

aku sms kepada adrian di ayub medical college di abbottabad yang aku telah bertolak bersama ayaz

kami mungkin akan sampai ke abbottabad pada jam 2330hrs dan aku suruh adrian makan malam dulu, tak perlu tunggu aku

perjalanan ke abbottabad melalui motorway M1 tidak aku hiraukan sebab aku dah banyak kali melalui jalan ini

karakoram highway yang bermula dari hassan abdal sehingga ke sempadan china di khunjerab dan sehingga ke kashgar di china adalah sangat panjang

perjalanan dari islamabad ke abbottabad tidaklah mencabar mana, cuma ada banyak trak-trak besar yang bergerak pada waktu malam sahaja

aku telah siap sedia dengan 2 kartun air mineral nestle di dalam prado kali ini

senang kalau dahaga, capai sahaja botol air mineral, tidak perlu membeli di kedai-kedai lagi selepas ini

kami melintasi bandar haripur dan seterusnya bandar havelian sebelum sampai ke bandar abbottabad

21 July 2010 @ 2330hrs | 1st Day | Dinner Chicken Tikka di Abbottabad

sampai sahaja di abbottabad, aku menyuruh ayaz masuk ke dalam ayub medical college untuk bertemu dengan adrian

kami melalui pintu utama ayub medical college. masuk ke bangunan asrama. adrian telah sedia menunggu di sana

aku kelaparan ketika ini sebab belum menjamah apa-apa pun semenjak selepas kerja tadi

3Gs menunjukkan di mana Ayub Medical College di Abbottabad Town

aku ajak adrian untuk dinner di mana-mana di abbottabad. kami singgah ke gerai chicken tikka

ayam togel bergantungan sungguh enak bila telah dijadikan chicken tikka.

agak pelik juga melihatkan ayam-ayam togel bergantungan macam tuh. namun inilah senario biasa di kedai makan di pakistan

mereka menyembelih ayam. mereka tidak masukkan ke dalam air panas macam kita biasa buat

mereka terus menanggalkan bulu-bulu ayam dengan kulit-kulitnya sekali, umpama menyalin baju sahaja lagaknya

kita kena rendam dulu dalam air panas dah cabut bulunya satu persatu kan. hehe 🙂

ada beberapa kedai yang buka pada malam itu. mujur ada chicken tikka dan naan malam ini

active juga bandar abbottabad ni. sebab banyak students agaknya kan. students malam-malam study lapar agaknya

kami menunggu beberapa minit untuk chicken tikka masak dan seterusnya menunggu roti naan sekali

aku takde mood nak dinner sebenarnya, tapi kalau tak makan nanti, sakit perut pula. better eat something kan

ayam togel bergelimpangan di depan kedai Chicken Tikka di Abbotabad. memang begini rupanya ayam-ayam di pakistan, semuanya tanpa kulit

kami tapau kesemuanya untuk makan di asrama sahaja. aku dah kepenatan sebenarnya dengan perjalanan selama 3 jam tadi

ayaz tidak mahu makan, katanya mahu makan di rumahnya di shimla hills, abbottabad

sementara menunggu chicken tikka dan roti naan masak aku berbual-bual dengan adrian tentang perancangan esoknya

buku lonely planet pakistan & karakoram highway masih dalam genggaman tangan aku

banyak lagi yang belum dibaca, aku bagitahu adrian yang group satu lagi akan cuba dapatkan tiket ke gilgit

mungkin kita akan jumpa mereka di gilgit. worst case scenario, mereka akan naik satu lagi prado dan jumpa kita di hunza valley

ayam yang telah diperap untuk dijadikan chicken tikka. rempah tikka memang pekat. yummy!

minta maaf sebab takde gambar chicken tikka yang dah dimasak. kami tapau dan dek kerana lapar terus ngap di asrama

tak sempat nak ambil gambar pun. hehe 🙂 terus hilang masuk dalam perut sahaja malam tersebut.

selesai tapau makan malam pada pukul 2330hrs, kami pulang ke ayub medical college untuk bermalam di sana

mata aku tak boleh lena pula malam itu. asyik memikirkan apakah yang akan berlaku esoknya. hehe 🙂

adakah akan ada halangan esoknya ?

risau juga memikirkan perjalanan yang sungguh jauh esoknya dari abbottabad ke gilgit. harus sampai malam jawabnya kan

ayaz pulang ke rumahnya untuk bermalam bersama keluarganya. ayaz berjanji akan datang keesokkan paginya jam 0500hrs.

– – – – – – – – – –

to be continued…..

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.