Pakistan memang terkenal dengan beras basmathi. Hampir susah untuk kita tidak terbeli beras basmathi di sini. Di mana-mana ada sahaja dijual beras basmathi. Hatta nasi goreng pun kebiasaannya akan dihidang atau dimasak dengan menggunakan beras basmathi. Berasnya agak panjang dah biasanya akan berupa seketul-ketul. beras basmathinya memang yang jenis gred A dan yang paling berkualiti. Berasnya dieksport ke serata dunia dan boleh didapati di mana-mana sahaja di dunia ini.

[ 1 ] Kelihatan Sawah Padi Basmathi Di Hujung Sana. Sungai Mengalir Deras. Platform Bridge! Selamat datang ke Battagram | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di atas adalah pemandangan di kawasan Battagram. Battagram memang terkenal dengan sawah padi beras basmathinya. Sawah padi di sebelah sungai yang mengalir di celahan belukar dan pokok-pokok yang menghijau. Musim menanam padi adalah ketika hampir kepada musim monsoon di antara bulan Julai dan September setiap tahun. Ingat nak singgah turun ke bawah nak tangkap gambar close-up padi-padi tersebut. Namun apakan daya, masa amat mencemburui kita. Hanya mampu tengok dari jauh sahaja.
Nasi dipanggil sebagai chawal (urdu) di sini. Nasi sebenarnya adalah hidangan yang mahal dan bukan semua masyarakat tempatan dapat menikmatinya. Makanan ruji di sini ialah roti. Roti lebih popular dan murah di Pakistan.
Sawah padi sebenarnya banyak terdapat di kawasan Wilayah Punjab. Dikatakan Punjab adalah jelapang padi (juga gandum) di Pakistan. Jika anda memandu di Motorway sepanjang Islamabad ke Lahore, anda akan ketemu dengan jelapang sawah padi (Jun-September) dan jelapan gandum (November-Mei) yang sungguh luas terbentang, seluas mata memandang.
Perasan tak dengan kabel panjang merentasi sungai atau kawasan tinggi Battagram ni ?
Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar berskala besar travelogue kali ini di bawah ya !

[ 2 ] Pemandangan Biasa Di Kampung-kampung Di Sini. Platform Bridge Adalah Mod Pengangkutan Utama Di Sini | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Iqabal Cuba Merasai Bagaimana Rasanya Dapat Duduk Di Atas Platform Bridge di Battagram | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di Battagram ini memang ada banyak kereta kabel yang dijalankan secara manual seperti ini. bagi kita memang agak aneh dan menggerunkan. Namun bagi penduduk tempatan dan kanak-kanak di sini, ini adalah pemandangan biasa yang harus mereka tempuhi saban hari. Alah bisa tegal biasa namanya. Kita tengok pun dah gerun, apatah lagi jika kita menaikinya. Saya dah rakan-rakan memang tidak berani nak naik kereta kabel yang ini. Walaupun pernah naiki kereta kabel yang lain, namun yang ini kena fikir tiga empat kali juga. Kalau terjatuh maunya akan jatuh sedalam paling kurang 50 meter ke dalam sungai di bawah cerun.

[ 4 ] Kanak-kanak Battagram Baru Pulang Dari Sekolah Agama | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Kanak-kanak Pakistan Menunggu Untuk Menaiki Platform Bridge Mereka | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Pakaian Tradisi Di Sini, Salwar Khameez. Salwar = Seluar Dan Khameez = Baju | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Girang sungguh kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah menaiki kereta kabel balik ke rumah seperti ini. Seronok jugak dapat ambil gambar mereka. Rata-rata mereka agak peramah dan berani bergambar di hadapan kamera. Selepas diambil gambar kebiasaannya saya akan menunjukkan kepada mereka view screen saya. Terjerit-jerit mereka beramai-ramai melihatnya. Such a simple and easy way of life. No hurry, just take your own time and enjoy life here.
Bahasa memang memisahkan kami dan mereka namun gambar biasanya akan merapatkan kita. Penduduk di sini berbahasa Urdu, Hindko dan juga Seraiki. Pakistan ada banyak dialek dan juga bahasa. Jika kita memandu di sepanjang lebuhraya Karakoram dari Islamabad ke Khunjerab Pass, kita akan ketemu dengan tidak kurang daripada 15 jenis bahasa yang dituturkan oleh masyarakat tempatan. Sungguh berwarna-warni di sini.

[ 7 ] Macam Bawa Petrol Sahaja Dalam Bekas Oren Itu Sahaja | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Bergambar Berani. Naik Platform Bridge Tak Berani 🙂 | Karakoram Highway | Summer 2013 | Battagram | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 19 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Kebiasannya saya akan tunjuk gambar mereka di skrin kamera saya. Ada yang tersenyum. Ada yang tergelak melihat gambar masing-masing. Kadang kala rasa nak beli kamera polaroid. Selepas snap gambar, boleh terus beri pada mereka sebagai kenangan. Mungkin kalau saya berkesempatan datang kembali, mungkin saya akan singgah lagi di sini. Manalah tahu budak-budak ini masih mengingati kedatangan kami pada Musim Panas 2013 ini.
Catatan Pengalaman Northern Pakistan Adventure Trip 2013 bersambung lagi di edisi selepas ini ….. sabar ya !

2 responses to “[8 Photos] Pemandangan Sawah Padi Beras Basmathi & Kereta Kabel Yang Menggerunkan | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 9”