Category Archives: Karakoram Highway

Islamabad – Rawalpindi – Taxila – Hassan Abdal – Haripur – Havelian – Abbottabad – Mansehra – Battagram – Thakot Bridge – Besham – Pattan – Komila/Dasu – Shatial – Chilas – Raikot Bridge – Jaglot – Thalichi – Gilgit – Naltar Valley – Danyore Valley – Minapin – Karimabad – Hunza Valley

ini adalah project jalan2 terbaru. bakal menjelma dalam sedikit masa lagi

bukannya dekat tuh dowh ! dalam 1,200 km jugak la. dengan glaciers/tanah runtuh segala bagai

siapa la nak drive jauh2 tuh kan. semua flight ticket dah habis ditempah sampai ke puasa

so nak tak nak, kena la jugak drive nak sampai ke area gilgit / hunza neh kan. hehe 🙂

Loading

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part IV of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – – – – – —

No 31/40 –Bunga Putih Pokok Epal Hijau & Awan Yang Membiru Di Bumi Islamabad

ini adalah pengalaman pertama menyaksikan bunga2 epal berkembang mekar di bumi islamabad. memang cantik ok. memang cukop menarik. kau memang da bomb la bunga! haha. lepas ni aku plan nak shoot gambar bunga pokok plum, walnut, apricot plak la. tapi kena singgah ke northern pakistan la dulu kan. hehe 🙂 anyway lepas ni plak mmg x sabar2 la nak menunggu bunga2 neh jadi epal hijau plak kan. surelah akan manis buahnya.

– – – – – – – – —

No 32/40 –Pakora Sayur, Telur Rebus & Samosa di Murree Hills

pemandangan biasa di mana2 di pakistan. samosa dan pakora adalah hidangan wajib di sini. memang menarik dan garing. tambah2 plak kalau baru digoreng. tak perlu tanya digoreng dengan minyak apa ya. hehe. janji selepas makan tidak sakit perut sudah. tapi serius memang sedap la pakora sayur tuh. kena plak dengan telur rebus tuh kan. memang terkentut2 la lepas tuh. haha

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – – – – – —

No 21/40 – Masjid Khanpur (lama) Yang Ditenggelamkan Di dalam Empangan Khanpur

masa aku sampai ke khanpur dam, masjid ni lah yang aku singgah dulu. masa ni tengah winter so air surut, bolehlah pergi ke masjid ni. kalau summer nanti masa air tengah banyak, masjid ni akan tenggelam setengah di tengah2 empangan ni. masjid ni mmg dibiarkan begitu sahaja sebagai tinggalan sejarah. masjid yang baru telah di bina di new town khanpur

– – – – – – – – – –

No 22/40 –Daun Pokok Maple Mula Bertunas di F9 Park, Islamabad

ini adalah park untuk beriadah yang terbesar di islamabad. seluruh sector f9 dibina untuk dihijaukan sahaja. ada pelbagai species pokok di sini. aku x sempat lagi nak explore. tunggu la bila pokok2 semua dah ada daun, aku datang lagi. kat sini ada kawasan permainan kanak2 yang baru. memang besar dowh taman kat f9 park ni ok. siap dengan trek jogging bagai la. kalau ada tasik mesti lagi cun kan. hehe 🙂

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – –

No 11/40 – Oren Khanpur Yang Betul2 Warna Oren, Terbaek Dari Ladang

macam yang aku ceritakan, pemergian aku ke ladang oren mmg sebenarnya tidak dirancang. aku main belasah je sebenarnya. nak pergi ke empangan khanpur sekali nampak banyak giler oren kat tepi jalan. aku tanya la mana ladangnya, terus ke ladang. sekali peladang bagitau boleh bayar sket pastu boleh petik sendiri oren. perghhhh best wooooo

– – – – – – – – – –

No 12/40 –Jambatan Khanpur, Sungai Khanpur Yang Kering Kontang Semasa Musim Sejuk

jambatan ni kalau korang perasan mmg panjang siot. sungai kat bawah dia tuh nama dia sungai khanpur. takde air langsung sebab winter. memang kering kontang giler ah. ada aktiviti mengambil pasir sungai adjer kat situ. pemandangan menaiki van or trak mcm tuh mmg biasa kat sini. depa kata naik vana berjemaah lagi afdhal hehe 🙂

– – – – – – – – – –

No 13/40 –Pancuran Air di Waktu Malam Di PC Bhurban Hotel

Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)

hehe aku dah empat bulan berada di bumi pakistan ni

aku rasa dah sampai masa aku buat compilation gambar2 menarik (bagi aku la) pasal pakistan ni

there’re so many other things about pakistan yang anda semua tidak tahu di malaysia

banyak lagi perkara2 berkenaan negara ini yang sengaja tidak dihebahkan di media

kita tinggalkan seketika situasi cemas di pakistan, kita layan dulu gambar2 yang aku amik kat pakistan

aku akan buat blog posting dalam 4 series. 1 series ada dalam 10 gambar

aku akan ceritakan sedikit cerita di sebalik gambar2 tersebut.

semoga bermanfaat ya !

– – – – – – – – – –

No 1/40 – Saujana Mata Memandang Pergunungan Kashmir di Hotel PC Bhurban

gambar ni aku amik masa bercuti ke bhurban. dok kat pc bhurban. sampai je mmg aku terpegun la dengan pemandangan saujana mata memandang ke arah pergunungan azad kashmir. memang superb wa cakap lu. tengah snow cap mountains dia yang cantik. semua ni boleh nampak daripada balkoni or bilik kat hotel ni. memang berbaloi2 la stay kat sini walaupun agak mahal rate hotel dia kan. aku akan singgah lagi ke sini masa summer nanti. hehe 🙂