Akhirnya setelah hampir setahun berlalu, saya kini berani untuk mencoretkan pengalaman saya dan beberapa rakan senegara yang bekerja di Pakistan berkelana ke bumi Utara Pakistan. Kami berkelana pada bulan Jun 2013. Telah setahun berlalu. Banyak kenangan manis dan pahit yang kami lalui. Kesemuanya tersemat di hati, bakal jadi sejarah dalam diri. Saya akan cuba sedaya upaya untuk merakamkan kenangan kami semua berkelana secara terperinci dan menarik. Banyak gambar-gambar dan video yang telah dirakamkan untuk tatapan generasi masa hadapan.

[ 1 ] Toyota Fortuner dan Toyota Prado Cruiser (di belakang) Siap Sedia Untuk Bertolak ke Abbottabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Kebanyakkan dari gambar dirakam oleh saya menggunakan kamera DSLR Canon 5DMII dan juga kamera telefon bimbit iPhone 5. ada juga gambar-gambar yang dirakam oleh rakan saya, Syazwan Othman dengan menggunakan kamera DSLR beliau. Biarlah gambar-gambar kenangan terindah ini berbicara dengan sendirinya.
Full Itinerary – Northern Pakistan Trip 2013
19 06 2013 = Day 1 – Overland from Islamabad to Chilas.
20 06 2013 = Day 2 – Overland from Chilas to Gilgit to Hunza to Attabad Lake & Crossing Attabad Lake via wooden boat. Overland to Khunjerab Pass (Pakistan-China Border). Overland from Khunjerab Pass to Sost (Dry Port & Immigration Check Point).
21 06 2013 = Day 3 – Overland from Sost to Hunza (Karimabad) via Attabad Lake.
22 06 2013 = Day 4 – Overland from Hunza (Karimabad) to Gilgit.
23 06 2013 = Day 5 – Overland from Gilgit to Chilas to Naran via Babusar Pass (Highest Point of Kaghan Valley).
24 06 2013 = Day 6 – Overland from Naran to Islamabad via Kaghan Valley.
Dalam masa 6 hari 5 malam, kami telah selamat pergi dan balik semula ke Islamabad. Rakan-rakan saya sebenarnya telah sampai ke Islamabad pada hari sebelumnya. Mereka telah bertolak dari Power Plant di Sindh Province pada malam sebelumnya. Perjalanan meredah Pakistan mereka bermula dengan menaiki bas Daewoo dari bandar Sadiqabad ke Rawalpindi di Islamabad. Pada pagi 19 Jun 2013, kami bertolak ke Abbottabad. Sesudah subuh dan setelah matahari mula menjelma kami menelusuri bumi Islamabad menuju ke Abbottabad.
Kami menaiki Toyota Fortuner dan Toyota Prado Cruiser. Saja kami menyewa 2 kenderaan atas faktor-faktor keselamatan. Lagipun masa 6 hari yang diperuntukkan adalah amat singkat dan kami tidak boleh kerugian walaupun sehari perjalanan sekalipun. Saya dan Syazwan Othman menaiki Toyota Fortuner manakala Mohamed Iqabal dan Razli Isham menaiki Toyota Prado Cruiser. Pemandu saya Shaheen Akhtar memandu Toyota Prado Cruiser manakala Sardar Tariq (Capital Car Rental) memandu Toyota Fortuner.
Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar berskala besar travelogue kali ini di bawah ya !

[ 2 ] Saya Berbincang Dengan Pemandu Saya Shaheen Akhtar | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 3 ] Details Berkenaan Kenderaan Yang Kami Akan Naiki, Ini Diperlukan Untuk Pendaftaran Nanti | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di atas adalah details berkenaan kenderaan yang akan kami naiki. Details ini akan diperlukan jika kami perlu mendaftarkan diri semasa menempuhi check point di dalam perjalanan nanti. Harap maklum, ada banyak check point police yang akan dilalui nanti. Hampir kesemuanya berkehendakkan kami menulis details kenderaan yang dinaiki nanti. Kalau dah ada details sebegini, mudah sahaja saya nak mengisi details di dalam buku besar local police nanti. Saddar Tariq memang pemandu yang bagus. Saya amat recommend dia sebagai pemandu anda untuk ke Northern Pakistan. Beliau peramah dah cermat membawa kereta. Tidak tergopoh-gapah dan senang bergaul dengan rakyat tempatan. Acapkali beliau merungut kerana saya banyak menghabiskan masa untuk berhenti dan mengambil gambar-gambar pemandangan di sepanjang Karakoram Highway. Beliau risau jika kami tidak sempat tiba sebelum malam menjelang nanti :).

[ 4 ] Saddar Tariq Bersedia Untuk Menaiki Fortuner | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 5 ] Sebelum Bertolak Wajib Ambil Gambar Kenangan Sebelum Kepenatan Dahulu | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 6 ] Rumah Under Construction Di Hadapan Rumah Saya di Islamabad, Apa Motif Ko Shoot ni Syazwan? Haha | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 7 ] Tripod Dah Ready Nak Shoot Dah Tuh | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 8 ] Syazwan, Iqabal & Razli. Semua Kepenatan Setelah Semalaman Overland Dengan Bas Daewoo Malam Tadi | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Saya, Syazwan, Iqabal & Razli. Malaysia Boleh! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] OK Jom Kita Bertolak, Macam Dah Lambat Je Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Bergambar Dengan Pemandu Kami, Saddar Tariq (Capital Car Rental) & Shaheen Akhtar | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Kami bertolak awal pagi dari Islamabad ke Abbottabad. Memang kami target untuk breakfast dan makan pagi di Abbotabad. Nak makan pagi di Restaurant Usmaniah di sana. Restaurant ini memang agak popular di Abbottabad. Dengar ceritanya restauran ini juga telah membuka cawangan di Malaysia. Saya selalunya akan breakfast di sana jika berhajat untuk berkelana ke Kaghan Valley dan Northern Pakistan. Kena bertolak awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan di Karakoram Highway. Lagi satu perjalanan pada awal pagi memang sungguh menenangkan jiwa. Soft light memang diperlukan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan macam bagus. Hehe 🙂

[ 12 ] Let’s Go! Let The Game Begins! Tu Sapa La Dok Bakaq Sampah Pepagi Ni Haaaaaa | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 13 ] Seawal Jam 7.15 Pagi dah Masuk Ke Karakoram Highway, We’re On Track! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Jika ternampak signboard ini, maknanya kita dah nak masuk ke arah Karakoram Highway. Perjalanan dari Islamabad sebenarnya melalui Grand Trunk Road atau dikenali sebagai GT Road. GT Road ini pun agak popular di sini. GT Road juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. GT Road juga sama terkenal dengan Karakoram Highway kerana ianya menghubungkan Kabul di Afghanistan sehinggalah ke Dhaka di Bangladesh, merentasi Pakistan dan juga India. Macam ala-ala Silk Road atau Laluan Suteralah kiranya GT Road ini. Signboard ini adalah pemisah di antara GT Road nak ke Karakoram Highway dan ke Peshawar melalui M1 Highway. Jika kita terus akan ke Peshawar melalui Lebuhraya M1, jika ke kanan, akan terus ke Northern Pakistan melalui Karakoram Highway atau dikenali juga dengan nama KKH.

[ 14 ] Mak Aihhhhh Jauh Lagi Perjalanan Tu Daaaaaa | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here at Islamabad | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)
Catatan Pengalaman Northern Pakistan Adventure Trip 2013 bersambung di edisi selepas ini ….. sabar ya !
