Category Archives: Islamabad

[5 Photos] Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah | Spring 2012 | Nurpur Village | Islamabad, Pakistan

Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

[ 1 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012

Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.

[9 Video] Puncak Bukit Margalla Diselaputi Salji Setelah Enam Tahun! – Pir Sohawa Bermandi Salji Putih di Pagi Sabtu 7 Januari 2012

Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad.

Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla.

Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas.

Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.

Hujan yang tidak henti-henti di bumi Islamabad pada hari Khamis dan Jumaat memungkinkan untuk suhu turun dengan mendadak.

Salji sungguh tebal kali ini di Pergunungan Murree.

Jika Islamabad hujan, itulah tandanya Murree akan bersalji.

Suatu petua yang boleh digunapakai sehingga kini.

Murree telah bersalji seawal pada hari rabu lagi.

Justeru ketika hujan turun tanpa henti pada Jumaat, bolehlah dianggarkan yang salji akan turun dengan lebat di Murree pada hari Sabtu.

Namun saya tidak menyangka yang salji akan begitu lebat dan menjangkau ke Bukit Margalla pula.

Diberitakan yang salji telah lama tidak turun di puncak Bukit Margalla.

Kali terakhir hanya hujan batu yang turun mencurah-curah di bumi Islamabad pada 2006.

Hujan batu dan salji jauh bezanya ya.

[8 Photos] Warna-Warni Dedaunan Pokok Chinese Tallow, Begitu Indah Sekali | Autumn 2011 | Marvi Rd., Berdekatan Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Amaran!

Entri pada kali ini penuh dan sarat dengan gambar-gambar bersaiz besar.

Sila jangan layari blog ini jika kelajuan internet anda di paras biasa sahaja.

Jangan kata saya tidak beri amaran ya! hehe 🙂

[ 1 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Dah lama sebenarnya saya berhasrat untuk merakam keindahan suasana musim luruh di Islamabad.

Baru kali ini berkesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar.

Tahun lepas tiada langsung agaknya gambar-gambar masa musim luruh.

Tak sempat nak ambil huhu.

Kesemua gambar-gambar ini dirakamkan sekitar Jalan Marvi, berdekatan dengan kawasan Jinnah Super.

Dekat betul dengan kediaman saya ini sebenarnya.

Saya hanya berjalan kaki untuk mengambil gambar-gambar musim luruh kali ini.

[ 2 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Sekarang ini pokok-pokok musim luruh ini sedang rancak bertukar warna dan akan gugur dalam masa dua minggu.

Hari Raya Aidiladha di Malaysia, Ahad, 6 November 2011 | Eid-ul Azha di Pakistan, Isnin, 7 November 2011

Baru sebentar tadi Majlis Ulama di Pakistan telah bersepakat mengumumkan Eid-ul Azha di sini

Hari Raya Aidiladha di Pakistan jatuh pada Hari Isnin, 7 November 2011

Emmmmm lari sket la perancangan untuk bercuti kali ini, kalau Ahad bagus sket. hehe 🙂

– – – –  – – – – –

sumber di sini

The Central Ruet-i-Hilal Committee has sighted the Zil-Hajj moon, with the first of Zil-Hajj falling on Saturday October 29, and Eidul Azha to take place on Monday November seven.

Most gulf countries had their moon sighting yesterday (Thursday) and are due to celebrate Eidul Azha on November six.

With the date of Eid decided, it is expected that the prices of sacrificial animals would rise as people throng the cattle markets to purchase goats, cows, and camels.

Loading

[12 Photos] Tanggal 21 Oktober 2011, Genaplah 2 Tahun Kembara Saya di Bumi Ajnabi Pakistan Ini – Sungguh Berwarna-Warni ! | Autumn 2012 | Islamabad, Pakistan

Rabu. Tepat jam 10.10 malam pesawat Thai Airways mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, Islamabad. Mata terpaku dek kerana terpegun dan menyangkakan saya mendarat di Lapangan Terbang tentera. Saya tidak tersilap. Benarlah ini rupanya lapangan terbang yang saya akan lalui saban kali pulang ke Malaysia nanti.

Cuaca sungguh sejuk pada Oktober 2009. Saya hanya ada blazer kerja sahaja. Menyesal pula tidak membeli jaket kulit atau jaket nike di Bangkok semasa transit sebelum itu. Mujur tidak hujan. Jika hujan, alamatnya bertambah sejuklah pada masa itu kan.

Pemeriksaan imigresen sungguh melemaskan. Terdapat beberapa borang yang perlu diisi. Barisan yag agak panjang memenatkan saya. Cuaca dingin yang mencengkam juga tidak membantu suasana di ruang pemeriksaan passport imigresen. Keadaan sebenarnya agak sedikit kucar kacir di lapangan terbang ini. Terdapat anggota polis dan askar lengkap bersenjata di ruang tertentu. Saya perhatikan tiada pula papantanda “Selamat Datang ke Pakistan” di dinding-dinding lapangan terbang ini. Mereka mungkin kurang mesra pelancong atau orang luar agaknya.

Tiada aero-gate di Lapangan Terbang Antarabangsa di ibu negara Pakistan ini. Nasib baik proses untuk mengambil bagasi berlalu dengan cepat. Manakan tidak, saya hanya membawa satu beg saiz sederhana sahaja ke Islamabad.