Category Archives: Islamabad

[1 Photo] Daun Pokok Anggur Telah Mula Kemerahan | Mega Mendung di Islamabad | Selamat Datang Musim Luruh Yang Sejuk! | Autumn 2011 | Islamabad, Pakistan

Pagi ni masa saya bangun pagi, terlihat akan pokok anggur di balkoni yang telah bertukar warna. Sungguh indah suasana di musim luruh di Islamabad. Ini hanyalah permulaan musim luruh. Nantikan set khas gambar-gambar musim luruh di Islamabad tidak lama lagi. Saya memang selalu teruja dengan kedatangan musim ini. Semacam nostalgia pula.

Jika ada yang berminat untuk muaturun jadikan wallpaper di desktop, klik sini untuk muaturun ya. Sungguh tak sabar-sabar rasanya nak buat photo shoot sempena musim luruh kali ini. Tak lama lagi kita akan bermain salji pula ya ! hehe 🙂 Setiap kali datangnya musim luruh saya akan lebih bernostalgia dan dramatik. Mungkin kerana saya sampai ke bumi Islamabad ini pada musim luruh 2009. Musim luruh di sini amat sejuk.

Terasa seperti telah musim dingin. Hujan adalah petanda perubahan musim di sini. Jadi selagi belum hujan seminggu, alamatnya belum lagilah musim dingin di Islamabad. Kadang-kadang hujan akan datang dengan lambat sekali. Dah nak masuk pertengahan bulan Disember barulah turun hujan. Kebiasaannya musim dingin akan melarat sehingga ke bulan Mac setiap tahun. Rimas berpakaian pada musim luruh dan dingin. Saya lebih selesa berpakaian pada musim bunga dan panas :).

Loading

[8 Photos] Capali Kebab, Warga Pasthun Dari Buner Yang Boleh Berbahasa Melayu & Tukang Urut Mobile | Summer 2011 | Restoran New Haji, Markaz F10, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Malam ini agak malas untuk masak. Setelah seharian bekerja, mood untuk masak memang tiada. Saya meminta pemandu saya yang setia untuk membawa saya berjalan-jalan di sekitar Islamabad pada malam ini. Kami singgah ke Markaz F8 dan kemudiannya ke Markaz F10. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Perut telah mula berkeroncong. Walaupun tekak ini sudah tidak boleh menelan masakan Pakistani lagi, namun saya gagahkan jua untuk singgah ke Kedai Makan Pakistan, sudah semestinya di Islamabad, Pakistan.

[ 1 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 2 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

Capali Kebab

Kami singgah ke Restoran New Haji (jangan tanya saya mengapa namanya sedemikian) untuk makan malam. Ada Capali Kebab yang dibuat atas permintaan pelanggan di sini. Saya meminta disediakan Capali Kebab Ayam manakala pemandu saya, yang sudah semestinya warga Pakistan memesan Capali Kebab kambing. Saya agak tertarik dengan proses memasak Capali Kebab yang agak unik di sini.

Travelog Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai | Musim Panas 2010 @ Bahagian 1 | Perancangan Awal, Restoran Nandos & Kehabisan Tiket Kapalterbang

Mungkin ramai yang tahu saya ke utara Pakistan semasa musim panas tahun lepas. Mungkin juga ramai yang tahu kesemua kenangan melalui gambar dan video lenyap bersama pencuri laptop saya juga tahun lepas. Semenjak itu saya semakin tawar hati untuk menulis mengenainya. Sehinggalah pada hari ini. Bulan Julai 2011 genaplah setahun saya singgah ke utara Pakistan. Oleh kerana saya bercadang untuk singgah lagi ke sana tahun ini, saya rasakan catatan ini perlu dilengkapkan sebelum Julai 2011.

Catatan perjalanan ini akan berselang-seli dengan gambar-gambar kenangan yang ada bersama saya, yang berjaya diselamatkan. Rasa menyesal pula tidak berblog secara langsung (liveblog) semasa kembara ke utara Pakistan tahun lepas. Banyak masalah dan rintangan yang saya dan rakan seperjalananku hadapi sebelum, semasa dan selepas kembara ke bumi ajnabi ini. Semuanya akan saya coretkan di sini, untuk panduan dan untuk kalian menikmati sendiri catatan pengalaman kami.

Aku akan cuba catitkan kesemua perjalanan kembara ini secara terperinci, daripada perancangan, apa yang kami makan, masalah yang kami hadapi, suasana sebenar di lembah di utara Pakistan. Pendek kata segala-galanya akan dikongsi bersama. Aku akan bahagikan catatan perjalanan ini kepada beberapa bahagian, terlampau panjang rasanya untuk mencatat segala-galanya di dalam satu catatan blog sahaja. Harap kalian dapat bersabar sementara aku mengumpul tenaga dan memori mengingati kembali kembara ke Lembah Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai pada Julai 2010 ini ya.

Roses Are Blooming this Spring Season | Shah Faisal Masjid, Islamabad | Punjab Province, Pakistan

sekarang ni kemuncak musim bunga

di mana-mana sahaja anda akan nampak bunga-bunga berkembang

tahun ni memang hebat dan meriah. lihatlah sahaja bunga mawar di masjid faisal ini

Tahun ni memang lebih banyak bunga daripada tahun lepas. Tahun lepas sempat juga aku jalan-jalan keliling Islamabad tapi takdelah banyak bunga macam tahun ni. Mungkin sebab musim hujan yang melanda bermula dua minggu lepas agaknya.

Apa-apapun memang seronok bila bumi dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni macam ni kan. Memang hebat ciptaan Ilahi. Aku perhatikan semua pokok-pokok, yang kecil yang besar, sudah mula berbunga dengan lebat. Masing-masing ada peranan masing-masing di muka bumi ini.

Hatta pokok daun kari di laman sari pun dah mula berbunga yo!

Loading

10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

ramai orang suka pergi jalan-jalan

tak kiralah jalan-jalan cari makan ke, jalan-jalan melancong

ramai orang ingat jalan-jalan ni memerlukan banyak wang ringgit

sebab itu tak ramai yang nak jalan-jalan aka travel

ramai orang suka ambil gambar

tapi tak ramai yang suka dengan gambar sendiri (setelah pulang dari jalan-jalan)

ramai orang suka tengok gambar jalan-jalan orang lain

tapi tak ramai orang yang berusaha lebih sedikit untuk mengambil gambar (macam orang lain di atas)

justeru. meh sini aku bagi 10 tips nak ambil gambar travel

tidak. aku travel tak pakai dSLR. aku hanya ada iPhone4 dan digicam Sony sahaja

kadang-kadang ianya bukan sebab kamera, tapi sebab tangan yang memegang kamera ya. hehe 🙂

1. ambil gambar dari angle semut merah – korang pernah tengok semut? kecil je kan. kalau biasanya kita snap pic dengan tangan ke atas, cuba kali ni amik digicam. turunkan sket, nak meniarap pun ok. pastu snap gambar dari level semut. level rumput pun ok. gambar bangunan akan jadi lebih besar. gambar yang tinggi lutut je akan jadi seperti gergasi. memang bukan level mata kasar. gambar korang pasti akan dabomb!