Pagi ni masa saya bangun pagi, terlihat akan pokok anggur di balkoni yang telah bertukar warna. Sungguh indah suasana di musim luruh di Islamabad. Ini hanyalah permulaan musim luruh. Nantikan set khas gambar-gambar musim luruh di Islamabad tidak lama lagi. Saya memang selalu teruja dengan kedatangan musim ini. Semacam nostalgia pula.
Jika ada yang berminat untuk muaturun jadikan wallpaper di desktop, klik sini untuk muaturun ya. Sungguh tak sabar-sabar rasanya nak buat photo shoot sempena musim luruh kali ini. Tak lama lagi kita akan bermain salji pula ya ! hehe 🙂 Setiap kali datangnya musim luruh saya akan lebih bernostalgia dan dramatik. Mungkin kerana saya sampai ke bumi Islamabad ini pada musim luruh 2009. Musim luruh di sini amat sejuk.
Terasa seperti telah musim dingin. Hujan adalah petanda perubahan musim di sini. Jadi selagi belum hujan seminggu, alamatnya belum lagilah musim dingin di Islamabad. Kadang-kadang hujan akan datang dengan lambat sekali. Dah nak masuk pertengahan bulan Disember barulah turun hujan. Kebiasaannya musim dingin akan melarat sehingga ke bulan Mac setiap tahun. Rimas berpakaian pada musim luruh dan dingin. Saya lebih selesa berpakaian pada musim bunga dan panas :).
4 responses to “[1 Photo] Daun Pokok Anggur Telah Mula Kemerahan | Mega Mendung di Islamabad | Selamat Datang Musim Luruh Yang Sejuk! | Autumn 2011 | Islamabad, Pakistan”