Tag Archives: spring season

[12 Photos] Tukang Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry, Ala-Ala OldSkool Gitew! | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan

Anda pernah gunting rambut bawah pokok? Mungkin suasana sebegini agak janggal di Malaysia, namun di Pakistan ianya adalah suasana yang begitu klise di mana-mana jua. Di mana sahaja ada pokok yang rendang dan redup, pasti akan ada tukang gunting rambut di bawahnya. Jom gunting rambut! Kos dalam Rs.30-50 rupees sahaja (RM1=Rs.30). Murah kan! Suasana sebegini memang biasa di sini. Kadang-kadang saya juga akan gunting rambut di sini. Hanya gunting rambut tanpa cukur ya. Dulu di Kuala Kangsar, Perak memang ada satu tukang gunting rambut bawah pokok pada awal tahun 90an. Tak sangka pula saya akan ketemu lagi dengan keadaan sebegini di sini.

[ 1 ] Barber Under the Paper Mulberry Tree | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 17 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Barber Under the Paper Mulberry Tree | Spring 2012 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 17 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pagi ini secara tetiba penulis ingin merakamkan suasana persekitaran tukang gunting rambut bawah pokok di Perkampungan Saidpur yang popular di Islamabad ini. Bersama beberapa orang rakan, penulis singgah ke salah satu daripada “kedai” gunting rambut di bawah teduhan pokok mulberri yang ketiadaan daun dek kerana musim dingin. Tidak ramai pelanggan pada pagi ini. Hanya ada seorang pelanggan. Baru sahaja sebentar tadi seorang budak berlalu pergi meninggalkan kedai ini. Penulis gagal merakamkan aksi budak tadi digunting rambutnya. Mungkin lain kali 🙂

[8 Photos] Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Spring 2012 | Perkampungan Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Pakistan adalah negara empat musim. Suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga ke -20’c terutamanya apabila berada di Bahagian Utara Pakistan. Bila ada empat musim, pastilah akan ada Musim Bunga. Musim Bunga di sini agak pendek tapi cantik sekali. Sepanjang empat tahun saya berada di Pakistan, inilah kali pertama saya berjaya merakamkan gambar-gambar keindahan Musim Bunga di Pakistan. Bak sakura cantiknya. Berikut adalah bunga-bunga pokok peach yang berwarna merah jambu dan bunga-bunga pokok pear hijau yang berwarna putih. Saya hanya perlu memandu selama dua jam sahaja untuk menikmati pemandangan sebegini. Pokok-pokok sebegini memang banyak di perkampungan Bhurban di Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa, Pakistan.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga-bunga indah ini memang agak singkat mekarnya. Kalau terlepas merakamkannya, alamatnya kenalah tunggu pada tahun hadapan pula. Di Pakistan yang mempunyai 4 musim, memang agak mudah untuk kita ketemu dengan suasana musim bunga yang indah terutamanya di sebelah Utara Pakistan. Saya memang bercita-cita untuk bercuti ke Utara Pakistan pada musim bunga di sekitar Mac-April setiap tahun. Namun masih lagi tidak berkesampaian nampaknya. Kadang-kadang masa yang mencemburui saya, kadang-kadang keadaan politik dan situasi semasa yang menggagalkannya.

[5 Photos] Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah | Spring 2012 | Nurpur Village | Islamabad, Pakistan

Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

[ 1 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] A Short PhotoWalk in this Yellow Flowers or Mustard or Rapeseed Field | Nurpur Village, Near Bari Imam | Islamabad, Pakistan | 03 03 2012

Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.

[20 Photos] Pokok Epal Hijau Sudah Mula Berbunga Putih Dengan Lebatnya di F8 Area, Islamabad Pakistan. Lagaknya Seperti Sakura Putih Mengadap Pergunungan Fujiyama di Jepang ! | Spring 2010 | F-8 Park, Sector F-8 | Islamabad, Pakistan

Tu dia tajuk posting blog yang sungguh panjang berjela. Tajuk kena la ada kick kan. Kalau tak, takdelah orang nak datang blog kita, wajah kita ni. hehe 🙂 Sekali tengok tajuk je dah kemaruk nak masuk dalam blog. haha. Saya perasan katIislamabad ni dah mula dengan musim bunga. Flowers are everywhere, semua tempat ada bunga. Rumput-rumput pun dah mula nak menghijau. Seronok je kan dapat menghirup udara segar, hamparan karpet rumput menghijau sebegini. Sekarang ini musim green apple blossom at Islamabad pula. Perghhhh lawa beb!

[ 1 ] Sakura Blossom, Green Apple Flowers & Pear Flowers Are Blooming | Spring 2010 | F-8 Park, Sector F-8 | Islamabad, Pakistan | 13 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Masa saya singgah ke F-8 park nak jalan-jalan tadi, ternampak sederet pokok-pokok di tepi jalan yang sedang rancak berbunga. Rupanya pokok epal hijau ya kawan-kawan. Tak sangka pula di tengah-tengah Islamabad ni ada pokok epal hijau. Dah macam bunga sakura di pergunungan Fujiyama pula saya tengok pokok bunga ni.

[ 2 ] Sakura Blossom, Green Apple Flowers & Pear Flowers Are Blooming | Spring 2010 | F-8 Park, Sector F-8 | Islamabad, Pakistan | 13 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)