Tips Nak Pergi Cuti2 Malaysia No 2 – Ni Lah Masanya Korang Nak Merasa Local Food Kan !

wokay aku nak bagi lagi satu tips menarik kalau korang nak pergi cuti2 malaysia neh

boring lah kan kalau aku bagi tips2 yang klise2 (biasa) adjer

aku kan bagi something yang korang senang paham

and then ada yang tanya kenapa tak bagi semua tips dalam satu2 post

aisey boring lakan. korang pun surelah penat nak membacanya nyer

wokay lagi satu pengalaman aku kalau nak cuti2 malaysia neh ialah susahnyer nak dapat local food

local food = makanan yang famous kat satu2 tempat

mungkin juga kat tempat tuh je yang ada makanan tersebut

local food kat malaysia neh aku tengok jarang dapat promotion kat mainstream media

kalau ada pun dibuat ala2 kadar adjer

antara mainstream media yang menyiarkan pasal local food yang best ialah

  • jalan2 cari makan kat tv3
  • destinasi bajet kat 8tv
  • the hoppers & ahli muzik kat 8tv

actualy ada banyak gak la rancangan lain tapi bagi aku yg lain tuh mcm ala2 kadar adjer promote local food malaysia

lagi satu local food neh hanya local people sahaja yang tahu

hehe by the time sekarang surelah korang nak suruh aku senaraikan semua local food yang aku tahu kan

hehe sabar2 tunggulah aku buat posting neh dulu

antara sebab aku mewujudkan makanmalaya ialah sebab susahnya nak jumpa local food kat satu2 tempat

so aku pun kalau berpeluang merasa (atau melantak) makanan yang best kat sesuatu tempat, aku akan cuba blog. amik gambar makanan tersebut dan sebolehnya tunjukkan kat manalah tempat tuh kan

so aku harap lepas korang baca post aku neh tolong lah !

tolong lah blog pasal local food yang korang tahu

bukannya apa

ianya akan menyenangkan aku ngan kawan2 lain kalau singgah kat satu2 tempat nak makan apa

boringlah kan takkan nak makan kedai makan adjer

or bfast kat kedai biasa2 adjer

or makan kat fastfood chain sahaja

lagi satu yang aku nak tekankan local food yang bestnye neh tak semestinya dok kalau dalam tempat yang exclusive (hotel etc)

local food yang best boleh jugak dok kat bawha pokok besar

tepi jalan adjer. kat mana2 sahajalah

wokaylah aku senaraikan sedikit sebanyak local food ikut satu2 tempat yang aku tahu

susah wooooo nak compile list neh ok

LIST JALAN-JALAN CARI MAKAN SATU MALAYSIA !

  • perlis indera kayangan
    • nasi ganja rm2 kat kangar
    • laksa kuala sanglang, kangar
    • ikan pekasam goreng kat empangan timah tasoh, kangar
  • kedah darul aman
    • seafood best kat tg dawai, sg petani
    • bahulu panas2 lagi ok kat pekan rabu, alor setar
    • laksa kedah (belut ke ?), kuala kedah
    • apam lenggang, stesen bas lama alor setar
    • mee abu, jalan teluk wanjah, alor setar
    • mat cucur udang, alor setar
    • nasi lemak royale (nasi warna kuning dowh), alor setar
  • pulau pinang pulau mutiara
    • rojak, laksa penang ngan passemboq kat gurney drive
    • siput duri kat gurney drive
    • laksa best ngan cendol/abc kat teluk bahang (depan herbs garden)
    • seafood best kat batu maung
    • nasi kandar line clear, penang town
    • char kuetiaw kat gurney drive
    • cendol kat swatow lane, penang town
    • mee udang sg dua, penang
    • abc simpang empat, penang
    • laksa campur, stesen ktmb bukit mertajam
    • nasi ayam misai, teluk kumbar, penang
    • nasi dalca bawah jejantas, jelutong
    • kuetiaw longkang, kat area usm minden
    • laksa penang, warung pokok janggus, balik pulau
  • perak darul ridzwan
    • mee banjir udang, kuala sepetang
    • laksa & cendol kat medan chendol, kuala kangsar
    • nasi campur (sambal lebih) kat restoran saudiah, bazaar kuala kangsar
    • kundas ngan kuah rojak kat restoran saudiah, bazaar kuala kangsar
    • pau yutloy, kuala kangsar
    • kuetiaw doli, taiping
    • sup torray ngan air kelapa laut gelas besar kat restoran benteng, kuala kangsar
    • nasi ganja, sebelah masjid, ipoh
    • kuetiaw hollywood, ipoh
    • chendol special (owner dia pakai bow), teluk intan
    • pau yikmun, tg malim
    • seafood best kg lekir, manjung
    • tart telur & tart kelapa, kedai kek jaya, kuala kangsar
    • char kuetiaw taman wawasan, parit buntar
  • selangor darul ehsan/kuala lumpur
    • nasi ayam hainan kat taman melawati (ulu kelang)
    • lycheekang & abc kat sebelah kedai nasi ayam hainan, taman melawati (ulu kelang)
    • seafood best, bagan lalang
    • daging salai masak lemak, kg pandan
    • nasi lemak tangling, area nak ke tasik perdana
    • ikan bakar jalan bellamy, istana negara
    • nasi lemak cikgu, petaling jaya
    • nasi lemak ayam goreng kampung, wangsa melawati (tepi 7 eleven)
    • seafood best kat riverview, pasir penambang, kuala selangor
    • beriyani gam ngan air bandung soda kat ruz aladdin, ampang (sebelah flamingo)
    • ayam golek (bakar) nara tomyam, pantai dalam (dekat bukit angkasa)
    • satay kajang hj samuri, sebelah stadium kajang, kajang
    • western food, williams food court, petaling jaya
    • nasi lemak rindu, pantai dalam (sebelah ayam golek)
    • roti chanai garing, lotus restaurant, petaling jaya
    • roti chanai, raju restaurant, petaling jaya (entrance bkt gasing)
    • ikan bakar, food court tang ling, kuala lumpur
    • nasi campur lauk banyak giler dengan gulai kawah, food court sri gombak (sebelah stesen minyak), sri gombak
    • nasi campur ayam goreng kampung, food court, velodrum cheras, kuala lumpur
    • steamboat best, restoran terapung nelayan, taman tasik titiwangsa, kuala lumpur
    • char kue tiaw & chendol best siot kat little penang cafe, kuala lumpur
    • ayam goreng rangup kat kosyabu akla restaurant, mutiara damansara (near shophouses, not ikea)
    • nasi lemak antarabangsa, kampung baru, kuala lumpur
    • nasi padang kampung baru, kuala lumpur
    • nasi padang, wisma yakin (corner lot) kuala lumpur
    • linda onn asam pedas, pedas giler ah ! haha, ampang (near tesco)
    • ikan siakap steam lemon kat pha pha garden, taman melawati, ulu kelang
    • steak best (counter bayar dalam boat) chop n steak, kg baru, kuala lumpur
    • masakan thai, ayuthai, taman melawati (dekat ngan buynsell)
    • kari kepala ikan, sentul restaurant (siap tapau dalam bekas lagi!)
    • kari kepala ikan, kg attap (best !)
    • nasi padang, tokli nasi padang n such, sri gombak
    • nasi dagang, nasi dagang ulik mayang, melati utama
    • nasi campur, banyak giler lauk !, leha kelfood, melati utama
  • negeri sembilan darul khusus
    • paklang kopitiam kat port dickson
    • laksa & chendol pedas giler (depan sket from guoman), port dickson
    • cendol & rojak, depan pizza hut, port dickson
  • melaka bandaraya bersejarah
    • asam pedas, jln laksamana, melaka town
    • cucur udang, alor gajah
    • seafood best kat umbai
    • seafood best kat duyong
    • seafood best kat pengkalan balak
    • seafood best serkam
    • kedai makan sawit corner, masjid tanah
    • mee goreng basah, din corner, jasin
    • restoran nelayan, kuala sungai baru
  • johor darul takzim
    • mee rebus hj wahid, johor bahru
    • nasi ayam, kedai saga, johor bahru
    • seafood best kat mersing
    • belangkas masak kari kat kota tinggi
    • seafood best kat tg minyak, batu pahat
    • seafood best kat kedai makan rahmat, kg pasir, pasir gudang
    • kluang rail coffee, kluang ktmb station, kluang
    • asam pedas (depan odeon) batu pahat
    • asam pedas ali (tepi sg, depan hospital southern), batu pahat
    • nasi beriyani mat shah, batu pahat
    • kopi 434 kopitiam, muar
    • asam pedas, parit jawa, muar
    • mee bandung, stesen bas, muar
    • tauhu bakar, abc & laicheekang tepian tebrau
    • murtabak singapura, tepian tebrau
    • abc special, foodcourt sebelah bomba, johor bahru
    • nasi goreng cendawan & abc kat foodcourt, wisma persekutuan, johor bahru
    • nasi lemak & seafood best, kg senibong (dekat entrance permas jaya), johor bahru
    • roti dhobi, jalan duke, johor bahru
    • mee rebus best giler, stulang laut
    • murtabak singapore, tg agas, muar
    • asam pedas (periuk besar) tg mas, muar
    • pisang goreng, chendawan goreng, semua2 goreng sekali dengan bayam goreng pun ada ! kat kedai2 kat skudai (dekat utm), skudai
    • kedai makan warisan, makan atas pokok sambil bersila, jln petrie, johor bahru
    • mee rebus gearbox (sedut pakai straw), area jalan petrie/mahmoodiah, johor bahru
    • lontong goreng, ck corner, jalan omar (stesen bas lama), batu pahat
    • halim chendol, kat pasar besar, batu pahat
  • kelantan darul naim
    • white house kopitiam, kota bharu
    • nasi ulam cikgu (ulam heaven!), kota bharu
    • nasi kerabu yati, ayam percik yati, jalan long yunus, kota bharu
    • popia kat stadium, kota bharu
    • warung nasi campur gulai kawah, kak wok, belakang sm zainab, kota bharu
  • terengganu darul iman
    • haipeng kopitiam kat kemaman
    • satar & keropok lekor kat kemaman
    • keropok lekor, losong
    • ikan goreng tepung, tepi airport, kuala terengganu
  • pahang darul makmur
    • kemaman kopitiam, kuantan
    • seafood best kat tg lumpur, kuantan
    • abc best kat cherating
    • dadih kelapa kat cherating (pantai mana ntah)
    • minum teh kat cameron valley, boh plantation, cameron highlands
    • pekena charcoal steamboat (dalam kesejukan) kat cameron highlands
    • ikan patin masak tempoyak, kedai sebelah kedai mesin jahit (dekat ngan masjid), temerloh
    • nasi lemak karak, pekan karak (depan stesen minyak esso), karak
  • sarawak bumi kenyalang
    • teh c peng kat kuching
    • mee kolok (halal punya ok) kat kuching
    • ikan terubuk masin/bakar kat kuching (pasar satok)
  • sabah negeri di bawah bayu
    • seafood best kat kota kinabalu

hah !

tuh baru senarai yang ada dalam kepala aku kan.

ada tempat2 yang aku dah pergi

dan ada tempat2 yang aku belum pergi lagi……… haha !

belum yang betul2 semua sekali…. amacam !

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 responses to “Tips Nak Pergi Cuti2 Malaysia No 2 – Ni Lah Masanya Korang Nak Merasa Local Food Kan !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.