Category Archives: Islamabad

[8 Photos] Tahanan Dalam Rumah Pada 14-15 Januari 2013 | #DrQadriDharna #LongMarch2013 #TUQ | Spring 2013 | Jinnah Avenue, Blue Area | Islamabad, Pakistan

Tahun baru di Islamabad disambut dengan Perarakan Mega oleh Dr. Tahirul Qadri dari Persatuan  Tehreek-e-Minhajul Quran #TUQ. #LongMarch yang dianjurkan disusuli pula dengan #QadriDharna. #Dharna adalah sit-in atau duduk dengan tempoh yang lama di atas jalanraya, di padang hatta di mana-mana sekalipun. #Dharna biasanya disusuli dengan suatu usul atau tuntutan, di dalam kes #QadriDharna ini, Dr. Qadri menuntut supaya kerajaan dijatuhkan dan pilihanraya yang adil dan telus dilaksanakan secepat mungkin di Pakistan.

[ 1 ] Perarakan oleh Dr Tahirul Qadri Di Televisyen Pakistan | Winter 2013 | Jinnah Avenue | Islamabad, Pakistan | 14-15 01 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

#LongMarch bermula dari Lahore menuju ke Islamabad melalui jalanraya terpopular yakni Grand Trunk (GT) Road. GT Road ini adalah jalanraya yang menghubungkan India ke Afghanistan melalui Pakistan. Biasanya saya akan melalui Motorway (lebih kurang macam PLUS Highway di Malaysia), GT Road agak bahaya kerana terdapatnya banyak truck dan kenderaan keluar masuk. Strategi untuk #LongMarch melalui GT Road adalah agak bagus kerana dapat mengumpulkan ummat manusia dengan lebih ramai lagi. Dr. Qadri nampaknya perlukan momentum dan jumlah yang besar sebelum beliau memasuki Islamabad pada Isnin (14 Januari 2013) nanti.

[10 Photos] Dusty & Cold Autumn Morning | Autumn 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super F-7 | Islamabad, Pakistan

Ini adalah pemandangan biasa berhampiran dengan kediaman saya di Islamabad, Pakistan. Setiap kali Musim Luruh saya pasti akan merakamkan keindahan dedaunan yang mula bertukar warna dan akan gugur sebelum Musim Sejuk. Nampak cantik bila dipancar dengan cahaya matahari pagi sebegini. Peluang untuk bermaustatin di Islamabad perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Percaya atau tidak, saya langsung tidak perasan dan endahkan keindahan pokok-pokok Chinese Tallow ini pada 2010. Hanya setelah setahun hidup di sini baru saya perasan yang pokok-pokok di sini begitu indah sekali pada Musim Luruh.

[ 1 ] Chinese Tallow Trees Leaves in Splash of Colours During Autumn Season & Early Winter | Marvi Rd, Near Jinnah Super F7 | Islamabad, Pakistan | 01 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok ini amatlah indah apabila disinari dengan matahari pagi.  Di Pakistan ketika musim panas atau ketika awal musim luruh, matahari akan menjelma seawal jam 5 pagi. Jam 6 pagi dah terang benderang dan panas. Jam 9 pagi amatlah terik panasnya. Saya selalu juga berlegar-legar di kawasan Marvi Road ini untuk mengambil gambar pokok Chinese Tallow kegemaran saya ini. Memang keindahan dedaunnya tidak pernah mengecewakan saya sama sekali. Saya selalu berpuas hati dengan hasil gambar yang telah saya hasilkan dengan pokok-pokok indah ciptaan Ilahi ini.

[13 Photos] Suhu Kini Adalah 9’c Di Malam Hari, Permulaan Bagi Musim Luruh Di Islamabad | Winter 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan

Suhu kini semakin sejuk di Islamabad. Ianya telah mencecah kepada 9’c pada malam tadi. Saya jangkakan esok akan hujan. Mutiara akan membasahi bumi ajnabi ini sekali lagi. Hujan yang dinantikan oleh semua warga Islamabad. Saya pun dah lupa bila kali terakhir hujan turun di sini. Musim Luruh dan Musim Dingin adalah musim yang saya nanti-nantikan di Islamabad. Musim Dingin yang tidak terlalu sejuk adalah syurga sebenarnya. Tapi jika terlalu sejuk, memang tidak boleh bebas bergeraklah jawabnya. Setiap hati terpaksa memakai baju tebal. Kadang-kadang perlu memakai sarung tangan, jika tidak tangan akan terasa kebas bila keluar pada waktu malam. Rimas  juga sebenarnya ya.

[ 1 ] Pre-Autumn Leaves | Pokok Akar Dani | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[4 Photos] Salam Aidiladha | Bakra-Eid Mubarak ! | Bakra Mandi | Islamabad, Pakistan

Salam Aidiladha dari bumi Islamabad, Pakistan. Sambutan Aidiladha di sini dikenali juga sebagai “Bakra Eid”. Bakra adalah haiwan ternakan. Kita biasa menyebut sebagai Hari Raya Korban sahaja. Di sini biasanya Pakistan akan gazette cuti selama 3-4 hari. Memang lama dan sambutan Aidiladha di sini memang agak meriah. Di mana-mana sahaja akan kita ketemu dengan haiwan-haiwan ternakan untuk dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha nanti. Kambing-kambing banyak kelihatan di rumah-rumah juga. Hatta di rumah sendiri. Saya biasa melihat tuan rumah membeli kambing dan memberi makan selama seminggu di laman rumah. Bila tiba Hari Raya Aidiladha, tuan rumah akan menjemput tukang sembelih untuk diberi upah menyembeli binatang korbannya. Di Pakistan, permintaan untuk tukang sembelih adalah amat tinggi pada musim-musim sebegini.

[ 1 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).

[ 1 ] Langit biru dengan awan gemawan, latarbelakang penuh anggun untuk Masjid Faisal yang berwarna putih | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.