[4 Photos] Salam Aidiladha | Bakra-Eid Mubarak ! | Bakra Mandi | Islamabad, Pakistan

Salam Aidiladha dari bumi Islamabad, Pakistan. Sambutan Aidiladha di sini dikenali juga sebagai “Bakra Eid”. Bakra adalah haiwan ternakan. Kita biasa menyebut sebagai Hari Raya Korban sahaja. Di sini biasanya Pakistan akan gazette cuti selama 3-4 hari. Memang lama dan sambutan Aidiladha di sini memang agak meriah. Di mana-mana sahaja akan kita ketemu dengan haiwan-haiwan ternakan untuk dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha nanti. Kambing-kambing banyak kelihatan di rumah-rumah juga. Hatta di rumah sendiri. Saya biasa melihat tuan rumah membeli kambing dan memberi makan selama seminggu di laman rumah. Bila tiba Hari Raya Aidiladha, tuan rumah akan menjemput tukang sembelih untuk diberi upah menyembeli binatang korbannya. Di Pakistan, permintaan untuk tukang sembelih adalah amat tinggi pada musim-musim sebegini.

[ 1 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Telah 5 kali saya menyambut Aidiladha di Pakistan. 5 kali berturut-turut. Namun saya hanya berkesempatan singgah di Bakra Mandi atau pasar haiwan ternak ini bermula pada 2011 sahaja. Entah apa yang berlakku pada 2010 saya pun tidak tahu. Mungkin pada tahun itu saya masih lagi belum tahu akan kewujudan pasar haiwan ini. Memang dekat sahaja dengan rumah saya, memandu dalam setengah jam, kita akan sampai ke Bakra Mandi ini. Kebiasaannya saya akan datang ke sini bersama pemandu saya Shaheen Akhtar pada pagi Sabtu. Ada juga ketikanya saya singgah pada waktu malam. Sahaja saya singgah untuk merasai sendiri suasana hingar bingar di Bakra Mandi ini.

[ 2 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Bakra Mandi (Animal Market) at Night | Eve of Eid-ul Azha Mubarak | Autumn 2012 | Bakra Mandi Near I-10 & METRO | Islamabad, Pakistan | 25 10 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.